Gambar Air Terjun; Sungai Gabai Jadi Pilihan Warga Selangor Berkelah..

by Admin Cuti Malaysia on November 26, 2012

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Air terjun Sungai Gabai

Kali ini, Cuti Malaysia go back to nature, ke Hutan Lipur dan Air Terjun Sungai Gabai yang terletak di Batu 10 Hulu Langat, Selangor, 40km dari Kuala Lumpur dan 25km dari Kajang.

Jika anda hendak ke mari, yang paling senang ialah dengan menaiki kereta, tapi jangan risau perkhidmatan bas Rapid KL pun melalui kawasan ini. Bas nombor 412 ke Sungai Lui, Batu 10 Hulu Langat. Berhenti bila anda nampak signboard dalam gambar di atas, dan menapak lah sikit dalam 2km.  Driving dari KL, nak senang ambil Lebuhraya Kajang-Cheras, dan exit di Pekan Hulu Langat. Dari exit anda follow ke arah Hulu Langat dan dari situ anda akan nampak beberapa signboard yang akan guide anda ke kawasan perkelahan ini.

Pemanadangan air terjun

OK sesampai sahaja Cuti Malaysia di sini, terkejut juga sebab simpang masuk ke air terjun tu punya lah kecil, memang boleh muat sebiji kereta sahaja. Kalau berselisih memang berpeluh ni. Nasib kami agak tidak baik, berselisih juga dengan kereta-kereta pengunjung yang bertalis arus hendak keluar. Aduii…Time tu baru jam 3.30ptg.

Alhamdulillah sampai juga ke atas setelah berhempas pulas penuh hati-hati menyusuri jalan yang kecil tu. Wahh ramainya orang di sini. Nak parking atas memang tak dapat, so terpaksalah menapak sikit, kami parking di Kem Sungai Gabai tidak jauh dari situ.

Nak masuk ke sini dikenakan bayaran oleh MPKJ sebanyak RM1 per seorang dewasa. Kanak-kanak adalah percuma. Bayaran ini untuk maintenance tempat ini termasuklah penggunaan tandas dan bilik air serta pembersihan kawasan. Bilik air masuk percuma. Untuk parking pula RM3 untuk sebiji kereta.

Syabas kepada MPKJ sebagai penyelenggara kawasan air terjun.

Air terjun di Selangor

Inilah pemandangan air terjun di sini. Memang cantik dan bersih kawasan sini. Sesuai dan selamat untuk mandi manda. Kolam pun banyak, satu yang besar di bahagian atas, dan beberapa kolam kecil-kecil di bahagian bawah sungai.

Gembira betul my kids dapat berendam dalam air terjun yang sejuk. Berendam siap menggeletar kesejukan. Sampai terminum air pun ada hehe.

KLIK SINI: Gambar Pemandangan Air Terjun Chamang

Sementara my kids bermanda-manda di bawah, Cuti Malaysia menapak ke atas bukit ini untuk dapatkan shot bahagian atas gunung. Fuhh mencungap juga dah tua-tua ni nak mendaki ke bahagian atas air terjun. Tapi jangan terkejut, di atas ni pun ramai juga yang mandi tau. Memang happening kat sini. Tak kurang juga yang berbabekue di sini. Terpancar wajah girang masing-masing di sini. Di atas ni juga dibina pondok-pondok kecil untuk kemudahan orang ramai.

Keseluruhannya pada pendapat Cuti Malaysia, tempat ni memang bersih dan terjaga rapi. Air terjunnya pun cantik dan memang sangat sesuai untuk keluarga berkelah. Tak kurang juga yang beraktiviti camping di sini. Harap-harapnya keadaan bersih macam ni berkekalan untuk generasi akan datang kan..

OK setelah lebih kurang 2 jam anak-anak berendam dan bermain air, Cuti Malaysia pun bergerak keluar dari sini. Actually sepanjang perjalanan menuju air terjun tadi dah terliur dah tengok peniaga-peniaga durian di sepanjang jalan. Sekarang ni memang musim buah kawasan ni. Merata-rata orang dok jual buah like durian, rambai, manggis, rambutan, cempedak dan langsat. Harganya memang jauh murah dari KL. Tergerak dalam hati untuk singgah membeli. Iskk memang tak boleh tahan. Anak-anak pun suka betul makan durian.

 

Air Terjun Gabai

Picture 1 of 14

So ini gerai pertama yang Cuti Malaysia singgah. Peniaga ni offer durian kampung, nampak macam baik-baik jer duriannya. Sekilo RM4. Murah sangat ni. Kalau kat KL, RM8 sekilo tau..

Tapi alamak busy sangat brother ni. Ok lah Cuti Malaysia jengah ke gerai hadapan sikit, malas nak tunggu sebenarnya. Cuti Malaysia stop di Kampung Dusun. OK pakcik ni ada offer durian kahwin, ermm lagi best nih. Durian kahwin sekilo RM5, pun kira murah dah tu.

End up 5 biji sekali makan huhuhu..Ikutkan petua orang tua-tua, kena minum air dari pangsa durian ini kalau nak elak panas badan.

Ada lagi satu tarikan di sini. Ada kolam air panas semulajadi. Tengok tu ramainya pengunjung yang singgah bersantai berspa kaki dalam air panas air tawar di Kampung Dusun ni.

Orait, dah lepas makan durian yang panas, sempat juga Cuti Malaysia bungkus manggis sekilo dua, buat sejukkan badan. Harganya RM10/3kg

Sebenarnya jika bukan musim buah di kawasan ini pun, tempat ini memang tidak putus juga dengan aktiviti jualan buah-buahan tempatan, ada yang kadang tu ambil dari Negeri Sembilan. So kalau teridam nak makan buah-buahan murah, kat sini lah tempatnya, sambil-sambil berjalan kan..

Cuti Malaysia:  Jalan-jalan hujung minggu hari ni memang best, OK! Air Terjun Sg Gabai memang kami rekomen. Jom Cuti cuti Malaysia :)

{ 31 comments… read them below or add one }

1 x-po December 5, 2012 at 8:36 pm

dulu masa budak2 mmg suka pergi mandi kat air terjun. tp bl umur dh naik ni, terus rs cam dah tak berminat nk gi air terjun. tak tahu nape

Reply

2 nabila January 29, 2013 at 11:00 am

saya pun sama. bila dah besar rasa nak mandi manda kat air terjun tu kurang feel lah

Reply

3 Cikgu Syahir January 29, 2013 at 2:56 pm

mandi manda dekat kolam renang la pulak.. saiz kolam sukan SEA

Reply

4 CIKGU SYAHIR December 6, 2012 at 7:57 am

cuti ni tak pergi lagi mana-mana air terjun. Ingat nak pergi air terjun di penang tu , tak sabar nak p

Reply

5 nabila January 29, 2013 at 11:01 am

air terjun di penang tu nama apa cikgu?

Reply

6 Cikgu Syahir January 29, 2013 at 2:56 pm

xtau nama pa. dulu masa p kecik2 lagi :)

Reply

7 Mat Yo December 6, 2012 at 8:40 am

Air Terjun kat Penang mana Cikgu Syahir.. ada ke. Rasa macam tak pernah dengar je.

Reply

8 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 1:27 am

Ada . Tapi tak femes mana pon. Kecik2 dulu ja pegi. dah 10 tahun tak pegi ntah2 dah tutup :(

Reply

9 x-po December 10, 2012 at 7:13 pm

apa nama air terjun tu? kut2 blh team cuti malaysia blh buat review nnt :D

Reply

10 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:22 am

air terjun teluk bahang, lalu kot batu feringgi. best laluan tu. pemandangan lawa :)

Reply

11 x-po January 13, 2013 at 10:40 pm

tp penang blm gi lg :P

12 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:22 am

air terjun teluk bahang, lalu kot batu feringgi. best laluan tu. pemandangan lawa :)

Reply

13 titan December 6, 2012 at 8:57 pm

lahhh, dekat aje dengan rumah sewa aku. camana aku tak tahu tempat ni. kena ajak geng pergi sini nih..

Reply

14 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:24 am

kalau pergi tu jgan lupa ajak saya, dah lama tak berkelah ni

Reply

15 nabila January 29, 2013 at 11:02 am

kalau lelaki takpe lah. senang bawa geng..

Reply

16 Cikgu Syahir January 29, 2013 at 2:57 pm

nabila pon boleh bwak geng. ajak la saya sekali :)

Reply

17 x-po January 13, 2013 at 10:41 pm

ai, mcm mana leh terlepas pandang nih bro

Reply

18 nabila January 29, 2013 at 11:03 am

biasalah tu… sekali sekala terlepas… kadang-kadang ingatkan biasa je rupanya femes juga tempat tu.

Reply

19 Cikgu Syahir January 29, 2013 at 2:58 pm

memang la femes . saya pergi air terjun di terengganu tinggi la air terjun dia. air warna hijau. Lata tembakah

Reply

20 admin December 8, 2012 at 11:09 pm

Kadang2 kita terlepas pandang tempat menarik yang dekat dengan kita..Harap air terjun macam Sungai Gabai ni akan terus terpelihara

Reply

21 x-po December 9, 2012 at 12:24 am

asalkan ada pihak berwajib yg menjaga, mmg boleh dipelihara lama

Reply

22 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 1:12 am

pengunjung pon memainkan peranan yang penting, jangan buang sampah ke dalam sungai dan merata-rata. :)

Reply

23 x-po December 9, 2012 at 2:25 am

mcm kat jeram linang kt kelantan. pihak PBT dh tak amik tahu dah, so skrg dah tak femes lg dh, org pun dh kurang tak mcm dulu2

Reply

24 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 3:15 am

masa pegi tahun lepas memang dah kotor . air hitam . seram la nak mandi .

25 x-po December 10, 2012 at 7:14 pm

itu la psl, org2 PBT mmg yg ken jaga semua ni. kalau tak, habis la

Reply

26 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:20 am

tu la. pihak PBT kena bekerjasama dengan orang awam :) mudah kerja

Reply

27 x-po January 13, 2013 at 10:42 pm

payah nk bergantung kt org awam sbnrnya

Reply

28 nabila January 29, 2013 at 11:04 am

kena disiplin diri sendiri barulah suasana dan kawasan indah dan bersih sentiasa

Reply

29 Cikgu Syahir January 29, 2013 at 2:58 pm

betul. diri sendiri kena disiplin

Reply

30 AkmaOmar September 4, 2013 at 11:28 am

Pernah sekali berkelah dengan family…memang best
AkmaOmar recently posted…Destinasi Honeymoon Impian Yang RomantikMy Profile

Reply

31 Cikgu Syahir September 5, 2013 at 2:36 pm

berkelah ramai-ramai mmg best. saya penah buat reunion kat sini.
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: