Bercuti di Cherating: Destinasi Pantai Peranginan Masih Kekal Bersih dan Cantik..

by Admin Cuti Malaysia on June 19, 2013

in Tempat Menarik di Pahang

Bercuti di Cherating Kuantan

Siapa pernah bercuti di Cherating mesti setuju kalau Cuti Malaysia nobatkan yang Pantai Cherating antara yang tercantik di Malaysia. Lama dah hajat hati ingin bercuti di Cherating hinggalah dapat ke sini ketika bercuti di Pantai Timur. Alang-alang singgah semalam di Cherating dan bermalam di Holiday Villa Cherating. Pantai Cherating memang tidak mengecewakan rasa tidak puas rasanya bercuti di Cherating sehari semalam.

Aktiviti ketika bercuti di Cherating Kuantan

Cherating mula dipopularkan di peringkat antarabangsa apabila Club Med Cherating membuka cawangan resort di Asia yang pertama. Sejak itu banyaklah pusat peranginan dan hotel di sepanjang pantai Cherating dibina untuk mereka yang ingin bercuti di Cherating. Pilihan memang banyak tapi pada kali ini Cuti Malaysia menginap di Holiday Villa Cherating pada kadar RM130++ semalam (KLIK SINI). Ok lah juga dengan taraf resort 4 bintang, senibina unik tradisional dan paling penting berdekatan dengan pantai yang cantik dan menenangkan. Keadaan Pantai Cherating membolehkan bermandi manda kerana keadaannya ombaknya kurang bergelora berbanding ombak di kawasan pantai timur lain yang lebih bergelora.

Aktiviti Menarik Ketika Bercuti Cherating

  • Semestinya mandi manda atau berehat di tepi pantai
  • Melawat Turtle Sanctuary
  • Makan ikan bakar
  • Makan gulai kawah
  • Makan keropok lekor dan satar di Kuala Kemaman
  • Bersarapan nasi kerabu
  • Melihat kelip-kelip di Kampung Ibok

Sebelum check in di Cherating hotel (Holiday Villa) sempat juga ke Turtle Sanctuary yang berdekatan berdekatan dengan Club Med Cherating. Best juga boleh tengok penyu life termasuk yang besar. Untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak penyu dilepaskan ke laut dari pantai Cherating akan dikenakan bayaran.

Pemandangan ketika bercuti di Cherating Kuantan

Aktiviti penting petang Cuti Malaysia sekeluarga ialah mandi laut di Pantai Cherating. Aktiviti wajib ketika bercuti di Cherating. Pemandangan dia memang terbaik. Pasir putih, halus dan bersih. Seronok tengok budak-budak mandi laut. Penat di laut dan acara terjun ke swimming pool pula. Memang boleh imagine kenapa mat salleh tergila-gila keadaan macam ni. Menenangkan..

Memang Best Bercuti di Cherating

Waktu malam Cuti Malaysia isikan dengan pencarian restoran ikan bakar yang best dan semestinya berpatutan. Hidangan favourite mcam biasa kena ada ikan bakar, udang saiz XL masak cili, sotong masak kunyit dan ketam masak telur berlada. Restoren ikan bakar memang recommended selain dari rasa yang sedap harga pun berpatutan. Nantikan review Cuti Malaysia tentang restoren ikan bakar di Cherating.

Keesokkan harinya selepas bersarapan nasi kerabu dan nasi lemak di Restoran RC di Cherating CutiMalaysia ke Kuala Kemaman untuk membeli stok keropok lekor bila balik ke Kuala Lumpur. Kedai keropok lekor ni memang recommended oleh penduduk tempatan di sini (KLIK SINI).

Apa yang boleh Cuti Malaysia simpulkan bercuti di Cherating memang best dan menenangkan. Jom Cuti Cuti Malaysia…

{ 17 comments… read them below or add one }

1 titan June 19, 2013 at 9:13 am

pernah pegi, memang best gak la tempat ni.
titan recently posted…Gua dah bayar, lu dah dapat lom?My Profile

Reply

2 Cikgu Syahir June 19, 2013 at 1:12 pm

untung la titan dah pernah pergi, banyak tempat gak titan pergi
Cikgu Syahir recently posted…REVIEW Rahsia Lulus Muet Speaking dan WritingMy Profile

Reply

3 titan June 20, 2013 at 6:34 am

itu gunanya masa muda. kena gi jalan-jalan. haha..
titan recently posted…Gua dah bayar, lu dah dapat lom?My Profile

Reply

4 baiebaayah July 4, 2013 at 2:57 pm

Betul tu. Tapi ada orang masa muda ni kurang duit nak berjalan. Sibuk menyimpan. Dah tua baru duit banyak, masa tu dah tak larat pula.
baiebaayah recently posted…FLORIA 2013, PUTRAJAYA – ORKIDMy Profile

Reply

5 Admin Cuti Malaysia July 4, 2013 at 10:55 pm

Simpan sikit..jalan sikit. Dua-dua dapat. Jalan-jalan tak semestinya perlu mahal dan jauh.

6 Cikgu Syahir September 5, 2013 at 2:36 pm

betul . sementara kuat ni la nak berjalan sakan
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

7 Cikgu Syahir June 19, 2013 at 1:11 pm

siap ada kolam lagi tepi pantai ,bestnya. pernah lalu jek. x pernah berhenti lagi. nak honeymoon sini la. hehe
Cikgu Syahir recently posted…REVIEW Rahsia Lulus Muet Speaking dan WritingMy Profile

Reply

8 titan June 23, 2013 at 8:31 pm

honeymoon banyak kali pun boleh maa..haha
titan recently posted…Pandangan gua tentang Contest SEO Melayu BolehMy Profile

Reply

9 Hafizul June 30, 2013 at 1:08 pm

Emm tiada modal membuatkan hati ini begitu tertekan untuk ke tempat destinasi yang menarik macam ni..hehehe
Hafizul recently posted…4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

Reply

10 baiebaayah July 4, 2013 at 2:57 pm

Simpan duit sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. InsyaAllah, ada rezeki boleh pergi nanti.
baiebaayah recently posted…FLORIA 2013, PUTRAJAYA – ORKIDMy Profile

Reply

11 baiebaayah July 4, 2013 at 2:59 pm

Antara pantai yang saya belum sampai lagi adalah pantai di Negeri Pahang. InsyaAllah, one day, saya akan sampai ke sana.
baiebaayah recently posted…FLORIA 2013, PUTRAJAYA – ORKIDMy Profile

Reply

12 Cikgu Syahir September 5, 2013 at 2:34 pm

nanti free. datang la. kot2 leh jumpa awk
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

13 AkmaOmar September 4, 2013 at 11:17 am

Pernah sekali bercuti di Club Med..pantai cherating lebih cantik dari teluk Cempedak rasanya kan…
AkmaOmar recently posted…Destinasi Honeymoon Impian Yang RomantikMy Profile

Reply

14 Admin Cuti Malaysia September 4, 2013 at 10:02 pm

Rasanya setahun sekali kena rest and relax Cherating.. bahagianya

Reply

15 Cikgu Syahir September 5, 2013 at 2:33 pm

minggu lepas saya g ceratig. best ;)
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

16 Admin Cuti Malaysia September 5, 2013 at 11:11 pm

Kalau nak pergi Cherating kena pergi sekarang. Hujung tahun ada risiko musim tengkujuh. Harap-harap dijauhkan tahun ini.

Reply

17 Cikgu Syahir September 6, 2013 at 10:32 am

betul ni. sebelum ribut datang. masa ni la masa terbaik :) kalau x tahun depan jela
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: