Bercuti di Teluk Batik: Destinasi Pantai Percutian Keluarga yang Menarik di Perak!

by Admin Cuti Malaysia on June 17, 2013

in Tempat Menarik di Perak

Pantai Peranginan Teluk Batik

Penutup cuti sekolah 2013 minggu lepas, Cuti Malaysia bawa anak-anak ke bercuti di Teluk Batik yang terletak dalam Daerah Manjung, di Lumut, Perak. Perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 4 jam, dari Lebuhraya PLUS keluar di Bidor dan seterusnya ke destinasi percutian Cuti Malaysia, ke Teluk Batik. Kali terakhir ke sini lebih kurang 2 tahun yang lalu, memang banyak perubahan di kawasan Teluk Batik ni.

Tempat Menarik di Perak (KLIK SINI)

Info Bercuti Teluk Batik:

  • Lokasi: Terletak dalam Daerah Manjung, mukim Lumut
  • Bayaran Masuk: RM1 per kereta
  • Kategori: Pantai Komersial dengan pelbagai kemudahan awam
  • Aktiviti: Pantai untuk mandi-manda, Muzium Siput, ¬†aktiviti Kayak, Banana Boat, dan Speed Boat
  • Kemudahan: Tapak perkhemahan, Gerai Jualan, Bilik Mandi, Surau, Taman Permainan, Sewa Kereta Mainan Kanak kanak
  • Deretan Teluk Batik hotel/ Teluk Batik chalet di sepanjang laluan masuk.

Sepanjang jalan nak masuk ke kawasan percutian di Teluk Batik ni, rasanya semakin banyak Resort dan Chalet yang baru dibuka. Antara yang menarik perhatian Cuti Malaysia ialah Resort Teluk Batik yang dah diberi nafas baru dan Chalet Impian Teluk Batik yang nampak agak selesa dan menarik. Masuk ke kawasan pantai pun dah banyak perubahan, penempatan gerai jualan, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta lebih sistematik. Kalau dulu parking free, sekarang dah kena bayar RM1, ok lah untuk maintenance kawasan ni kan.

Pantai Teluk Batik

Aktiviti Menarik Ketika Bercuti Teluk Batik

  • Mandi manda
  • Kayak dan Banana Boat
  • Berkhemah
  • Barbekue
  • Melawat Muzium Siput
  • Berbasikal di Taman Rekreasi

Petang tu masuk ke kawasan pantai, wahh meriah betul dengan pengunjung musim cuti sekolah ni, agaknya orang luar macam Cuti Malaysia pun ramai ni. Orang ramai masih memilih bercuti di Teluk Batik terutamanya bila berkunjung ke Lumut. Masing-masing dengan aktiviti tersendri, ada yang mandi manda, bina istana pasir, kayak, naik bot, tak kurang juga yang berbarbeku di kawasan khemah mereka. Bertambah meriah dengan hiruk pikuk peniaga lagi. Memang happening, anak-anak Cuti Malaysia pun happy sangat main air.Keletah anak-anak saja dah cukup menghiburkan..

Sebelum balik tu, Cuti Malaysia bersiar-siar sekejap di Taman Rekreasi. Tak sangka terdapat sebuah Muzium unik di sini iaitu Muzium Siput. Time pun dah lewat petang, Muzium Siput ni dah tutup. Muzium ni dibuka setiap hari kecuali Selasa, 10 pagi hingga 6 petang, masuk RM2 sahaja. Lain kali datang kena gerak awal sikit sebelum Muzium tutup. Selain resort-resot Teluk Batik ini, yang lebih menarik, berhampiran Pantai Teluk Batik ini dah ada Pusat Rekreasi Air yang dikenali sebagai Marina Water Park. Tapi Cuti Malaysia tak sempat ke sini, lain kali lah..

Jika anda berkunjung ke Lumut Perak ni, bolehlah juga meluangkan masa bercuti di Teluk Batik ni ya. Jom Cuti Cuti Malaysia di Perak :)

{ 11 comments… read them below or add one }

1 titan June 17, 2013 at 6:12 pm

pernah gi teluk batik dulu. Tapi bilalah agaknya leh pergi lagi..
titan recently posted…Keputusan Rasmi Contest Review Tak TerkalahMy Profile

Reply

2 Cikgu Syahir June 17, 2013 at 11:05 pm

ramainya orang macam pd pon ada. tapi takut la dengar kata ada ribut :(
Cikgu Syahir recently posted…REVIEW Rahsia Lulus Muet Speaking dan WritingMy Profile

Reply

3 Jannah June 17, 2013 at 11:06 pm

Kecik-kecik dlu pun penah pegi sini..time pesta laut lumut dlu..

Reply

4 Cikgu Syahir June 19, 2013 at 1:12 pm

bila pesta tu? sekarang ada tak lagi pesta lumut?
Cikgu Syahir recently posted…REVIEW Rahsia Lulus Muet Speaking dan WritingMy Profile

Reply

5 Admin Cuti Malaysia June 19, 2013 at 10:38 pm

Lama dah takde Pesta Lumut. Zaman dulu.. Lefthanded, Wings semua turun.

Reply

6 Cikgu Syahir June 30, 2013 at 12:10 am

saya baru balik dari pesta pantai di teluk ketapang ni di terengganu . ada Olan ja n Sting
Cikgu Syahir recently posted…LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR JDT | FINAL PIALA FAMy Profile

Reply

7 zeemarlina June 18, 2013 at 10:51 am

pernah sampai last year tapi tak turun kete pon..ramai sangat..tak dapat parking pon..

Reply

8 Cikgu Syahir June 19, 2013 at 1:13 pm

kira ok la. dapat pergi jugak.hehe. tempat sempit ker?? sampai habis parking
Cikgu Syahir recently posted…REVIEW Rahsia Lulus Muet Speaking dan WritingMy Profile

Reply

9 Hafizul June 30, 2013 at 1:10 pm

Tidak pernah jejak kan kaki ke sini..meriah jer nampak sambuatn orang ramai ni..hehe
Hafizul recently posted…4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

Reply

10 AkmaOmar October 24, 2013 at 3:42 pm

Baru aje minggu lepas bercuti ramai2 dengan keluarga ke teluk batik. Percutian tak dirancang pergi kenduri terus bercuti 2 hari…memang menarik.
AkmaOmar recently posted…Saya Seorang Blogger Wanita MelayuMy Profile

Reply

11 Cikgu Syahir October 27, 2013 at 11:15 am

percutian yang menarik dan tidak di sangka-sangka . Bestnya
Cikgu Syahir recently posted…2750 JAWATAN KOSONG JURURAWAT DI SPAMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: