Berkelah di Janda Baik Pahang: Tempat Perkelahan Suasana Desa di Pinggir Kuala Lumpur..

by Admin Cuti Malaysia on June 26, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Chalet berkelah di Janda Baik

Aktiviti santai Cuti Malaysia bercuti hujung minggu baru-baru ini, Cuti Malaysia memilih untuk berkelah di Janda Baik, Pahang atau atau nama komersialnya Riverside di Janda Baik, Pahang. Jarak perjalanan ke tempat berkelah Janda Baik ini adalah lebih kurang 45 minit perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur. Untuk ke sini anda perlu melalui Lebuhraya Karak dari Gombak dan exit di R&R Genting Sempah, ambil kiri dan lebih kurang 5-7 kilometer sahaja anda akan sampai ke kawasan perkelahan.

Info Tempat Berkelah Janda Baik, Pahang

  • Lokasi: Janda Baik, Pahang
  • Destinasi Berkelah: Riverside dan Pulau Santap
  • Pilihan Janda Baik Resort: Cheringin Hills, D Ark Resort, Hawa Resort, Suria Resort

 Lokasi Riverside Janda Baik

Masuk ke kawasan tempat berkelah Janda Baik ini anda boleh nampak kelainan sikit. Ia adalah sebuah kawasan perkelahan terancang dan agak private tak seperti kawasan mandi manda air terjun dikebanyakan tempat. Antara yang bagusnya banyak kemudahan awam seperti pondok dan gazebo port untuk berkelah, bilik mandi yang bersih serta surau. Pondok rehat ini adalah berbayar namun pada kadar yang sangat minimum. Ikutlah selera anda, kalau nak pondok yang up sikit contohnya yang bertingkat tu, lebih la sikit bayarannya.

berkelah di Riverside Janda Baik

Kawasan mandi pun ada yang private dimana anda akan dikenakan bayaran sikit, dan ada yang terbuka untuk orang awam. Cuti Malaysia pergi di luar musim cuti sekolah tapi orang macam semut juga kat sini. Pondok port berkelah pun semua dah ada orang. Pilih punya pilih, last last Cuti Malaysia memilih port di tepi sungai berhadapan D Ark Resort. Kawasan private ni memang jauh lebih cantik dan bersih dibandingkan dengan kawasan awam.  Bayaran adalah RM8 seorang dewasa dan RM4 seorang  kanak-kanak, boleh guna surau dan bilik mandi milik D Ark Resort ni. Kalau korang datang pun, memang tak terkalah lah pemandangan dia, cukup cantik dan tertarik.

Dah sampai tu apa lagi bukak bekallah hehe, memang datang mood berkelahnya, dok bawah pokok betul betul tepi sungai. Dah lama betul tak berkelah tepi sungai, kecik-kecik dulu memang selalu.  Angin sedapnya hai bertiup sampai tertidur pun si baby ni. Air sungai pun bersihnya, jernih dan sejukk pula tu. Segar betul dapat mandi kat sini. Layan la koleksi gambar Cuti Malaysia berkelah di Janda Baik.

Gambar Berkelah di Janda Baik

Kalau anda berkelapangan di cuti hujung minggu, berkelah di Janda Baik adalah salah satu alternatif pilihan menarik untuk sesi santai bersama keluarga. Memang banyak tempat menarik di Malaysia di kan :)

Jom Cuti Cuti Malaysia.

 

{ 11 comments… read them below or add one }

1 Cikgu Syahir June 26, 2013 at 1:19 pm

lawa tempat ni. tempat luas n sungai cetek :)
Cikgu Syahir recently posted…SYURA JUARA MASTER CHEF SELEBRITI MALAYSIAMy Profile

Reply

2 Admin Cuti Malaysia June 27, 2013 at 1:36 pm

Untuk rehat2..relax2. Orang KL memang dahagakan tempat2 macam ni.

Reply

3 baiebaayah July 4, 2013 at 2:52 pm

Setuju.. jauh dari kesibukan ibu kota, udara nyaman, air bersih, kawasan cantik. Boleh tenangkan fikiran tanpa perlu pergi jauh-jauh.
baiebaayah recently posted…FLORIA 2013, PUTRAJAYA – ORKIDMy Profile

Reply

4 Cikgu Syahir July 10, 2013 at 11:44 am

ya. tempat ni paling dekat dengan KL. nama tempat pon cool. Janda baik .hehe
Cikgu Syahir recently posted…Senarai Nama Atlet ke Sukan SEA 2013My Profile

Reply

5 titan June 26, 2013 at 8:19 pm

dulu, memang selalu gak pergi. la ni, memang takde masa dah sangat
titan recently posted…Betina Miang?My Profile

Reply

6 Hafizul June 30, 2013 at 1:03 pm

Emm tak pernah lagi pergi ke kawasan reakreasi seperti ni. Terasa juga untuk pergi bila tengok airnya yang tenang dan cetek..
Hafizul recently posted…4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

Reply

7 Cikgu Syahir July 10, 2013 at 11:45 am

saya pon tak pernah pergi. nasib baik kat tempat saya ada tepat macam ni jugak :)
Cikgu Syahir recently posted…Senarai Nama Atlet ke Sukan SEA 2013My Profile

Reply

8 baiebaayah July 4, 2013 at 2:51 pm

Tenang dan nyaman je rasa udara kat sana bila tengok pic air sungai kat atas. Teringin den nak pi.
baiebaayah recently posted…FLORIA 2013, PUTRAJAYA – ORKIDMy Profile

Reply

9 Cikgu Syahir July 10, 2013 at 11:46 am

nak p ka? nnt cuti pi la. duk penang ka baiebaayah???
Cikgu Syahir recently posted…Senarai Nama Atlet ke Sukan SEA 2013My Profile

Reply

10 AkmaOmar October 24, 2013 at 3:38 pm

Keluarga saya memang ada rumah singgah di sana betul2 tepi sungai tu…satu masalah yang kami hadapi dengan pengunjung luar yg datang ni…suka buang sampah merata-rata lepas mandi dan berkelah. Kalau tidak dibendung boleh tercemar air sungai disitu.
AkmaOmar recently posted…Saya Seorang Blogger Wanita MelayuMy Profile

Reply

11 Cikgu Syahir October 27, 2013 at 11:14 am

Tak bertanggungjawab langsung pengunjung kat situ, tak nak jaga alam sekitar . Sayangilah sungai kita
Cikgu Syahir recently posted…2750 JAWATAN KOSONG JURURAWAT DI SPAMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: