Jalan Jalan Cari Makan di Bagan Lalang: Restoran Seafood Mana Jadi Pilihan?

by Admin Cuti Malaysia on December 5, 2012

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Bagan Lalang yang terletak berhampiran Gold Coast  Sepang, Selangor adalah lokasi cari makan yang memang popular dengan Seafood nya yang sedap. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah untuk sampai ke sini. 

Lokasi cari makan di Bagan Lalang

Dari PLUS highway, anda boleh ikut signboard ke KLIA dan kemudian ikut signboard ke Sepang Gold Coast atau Hotel Seri Malaysia. Hotel Seri Malaysia memang terletak betul-betul di Pantai Bagan Lalang, insya Allah anda tak akan tersesat kalau anda ikut arah ke Hotel Seri Malaysa ini.  Apabila anda melepasi beberapa pekan kecil di area sini, baru anda akan nampak arah sebenar ke Bagan Lalang.

Jom Cari Makan di Area Bagan Lalang

Memang terdapat seakan-akan perkampungan Seafood di pesisir Pantai Bagan Lalang ini. Namun ada 2 sahaja yang direkomen oleh kebanyakan Blogger untuk cari makan di kawasan ini; H.M Seafood atau Seaview Seafood. Kedua-duanya diuruskan oleh orang Islam jadi tiada keraguan pada kedua-duanya untuk pengunjung beragama Islam ya.

Destinasi cari makan kali ini Cuti Malaysia memilih H.M Seafood, kerana Restoran ini dikatakan Restoran Terapung dan pemandangan pun memang lebih menarik di sini.

Tempat makan makan popular

Cuti Malaysia ke sini pada hari Sabtu. Memang dijangkakan restoran ini agak ramai dengan pengunjung setiap kali malam minggu. Sesampainya di sini, Cuti Malaysia terkejut juga sebab meja banyak kosong tapi semua sudah ditempah. Menjelang lewat petang barulah meja-meja tempahan dipenuhi. Sayang lah Cuti Malaysia nak ambil spot bahagian yang terapung tu. Takperlah tak ada rezeki kali ni kan. Jadi lesson learnt untuk anda yang ingin jalan jalan cari makan ke H.M Seafood ini, anda bolehlah hubungi pihak restoran lebih awal untuk tempahan meja OK.

Selepas secure seat anda, terus proceed ke bahagian dapur untuk pilih menu anda. Ikan, ketam, udang, lala, pepahat pun ada, serta pelbagai makanan laut memang nampak fresh dan masih merah lagi.

Cuti Malaysia memilih ikan siakap masak 3 rasa, Ketam Sambal Telur, Udang Galah masak Sambal Petai dan Sotong Bakar. Selain tu di sini juga terdapat Otak-otak special yang sedap.

makan makan best

Of all, yang paling sedap memang Udang Sambal petai. Ketam Sambal telur pun not bad. Cuma ikan siakap Masak 3 Rasa ni tak berapa nak kena dengan selera Cuti Malaysia. Terlebih rasa manisnya. Sotong bakar sedap juga tapi dah hilang sikit kemanisan sotongnya kerana sotong ini dipotong kecil-kecil. Rahsia Sotong Bakar sedap memang di Padang Matsirat Langkawi, dimana sotongnya seketul besar saiz XXL dihidangkan pada pelanggan. Memang puas hati, siap teringat lagi hehe.

Selain itu antara yang Cuti Malaysia puji dengan Restoran H.M Seafood ini ialah keprihatinan mereka terhadap pelanggan yang rata-ratanya beragama Islam. Di sini ada disediakan surau yang besar dan selesa. Ruang solat untuk jemaah lelaki dan perempuan juga diasingkan. Jadi dari segi pengurusan masa sembahyang, anda tak perlu risau jika anda ke sini even menjelang waktu Maghrib yang singkat .

OK sebelum berangkat pulang, Cuti Malaysia sempat meninjau-ninjau kawasan pantai berhampiran. Di bawah ini beberapa pics yang Cuti Malaysia sempat snap.

 

Perkampungan Seafood Bagan Lalang

Picture 1 of 7

Susur Masuk ke Perkampungan Seafood Bagan Lalang. Hari Minggu biasanya memang ramai pengunjung.

Restoran H.M Seafood Bagan Lalang – Tempat jalan jalan cari makan pilihan!

Overall tempat makan makan yang Cuti Malaysia pilih kali ini masakannya memang sedap walaupun harganya agak mahal. Walaubagaimanapun, Cuti Malaysia memang rekomen H.M Seafood Restoran ni. :)

{ 33 comments… read them below or add one }

1 x-po December 5, 2012 at 8:31 pm

masa bulan puasa nnt, best gak ni buat majlis bkk puasa ramai2 kat sini :)

Reply

2 CIKGU SYAHIR December 6, 2012 at 7:55 am

bro x-po posting penang tu, bole la bawak member ramai-ramai buka puasa :)

Reply

3 x-po December 8, 2012 at 1:16 am

oh sy posting kt gerik ni ha :)

Reply

4 Cikgu Syahir December 10, 2012 at 2:59 pm

grik dekat jek. selalu lalu grik . ada kari kepala ikan salim

Reply

5 djdanchef January 30, 2013 at 11:58 pm

setuju… waktu buka puasa atau mkn malam ramai2 mmg best

Reply

6 titan December 6, 2012 at 8:35 pm

aku selalu lepak sini dulu. kekadang, lepak dengan family.
so far, makan dia sedap jugaklah.

Reply

7 djdanchef December 8, 2012 at 1:14 am

haha titan, apa pun yang terjadi cendol tetap no. 1

Reply

8 titan December 9, 2012 at 6:59 am

haha..itu hakikat yang takkan berubah. haha..

Reply

9 x-po December 9, 2012 at 12:16 pm

cendol ssh nk jumpa yg btl2 sdp

Reply

10 titan December 29, 2012 at 11:28 am

semua cendol sedap rasanya. haha..

11 Cikgu Syahir December 29, 2012 at 8:50 pm

saya pernah kena cendol x sedap. kerassssssss macam batu

12 djdanchef January 30, 2013 at 11:59 pm

@cikgu ais utk cendol tu bru kluar dari freezer kot tu yg keras mcm batu

13 x-po December 8, 2012 at 1:17 am

dengan awek-awek takkan tak pernah kot :P

Reply

14 titan December 9, 2012 at 7:19 am

ehh, itu rahsia kerajaan.

Reply

15 djdanchef January 31, 2013 at 12:00 am

dengan ain maisarah la kan.. hehehe

Reply

16 djdanchef December 8, 2012 at 1:13 am

Menarik.. Insyaallah kalau ada masa akan menjamu selera kat tempat ni

Reply

17 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 2:48 am

nanti datang kl jgn lupa roger saya. jom makan sama. nak try

Reply

18 titan December 9, 2012 at 7:19 am

ajak gua jugak tauuuu. haha..

Reply

19 Cikgu Syahir December 10, 2012 at 3:00 pm

mesti la ajak. buat blogger gathering :)

Reply

20 titan December 29, 2012 at 11:28 am

ehh..bila? bila??

21 Cikgu Syahir December 29, 2012 at 8:39 pm

dalam masa terdekat ni la. ajak la ramai lagi rakan blogger

22 djdanchef January 31, 2013 at 12:01 am

boleh saja. nanti roger2.. together gether..

Reply

23 leez December 18, 2012 at 11:13 pm

kalo bukan blogger leh join tak heheh..
kat sni popular gak dengan pepahat, korang penah try tak?

Reply

24 Cikgu Syahir December 19, 2012 at 2:24 pm

pepahat tu ape?? tak pernah dengar pulak

Reply

25 titan December 29, 2012 at 11:31 am

benda pepahat tu? cite sikit. boleh?

Reply

26 admin December 29, 2012 at 4:57 pm

Sejenis siput..biasa masak cili atau sambal pedas bertelur. Titan kena cuba.

Reply

27 Cikgu Syahir December 29, 2012 at 9:06 pm

sambal pedas terlur tu kegemaran saya. nak try google jap pepahat rupa dia mcm ne

Reply

28 djdanchef January 31, 2013 at 12:02 am

oh.. sejenis siput rupanya.. tetiba dj terfikir hammer td

Reply

29 zeemarlina January 17, 2013 at 3:02 pm

hmm byk banyak restoran seafood kat sini…h.m sri bagan ni not bad jugak rasanya..harga boleh tahan la..’middle’

Reply

30 Cikgu Syahir January 17, 2013 at 8:42 pm

kongsi la kedai seafood yang lain. nanti nak survey :)

Reply

31 zeemarlina January 30, 2013 at 9:11 am

banyak restoran kat situ cikgu..rambang mata nak pilih tapi menu lebih kurang je semua..

Reply

32 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:37 pm

pilih yang terdekat dah la. senang nak pegi :)

Reply

33 djdanchef January 31, 2013 at 12:03 am

mungkin zee ada cadangan restoren yang sedap dan harga pun sedap..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: