EKSKLUSIF : (Gambar) MAHA 2012 di Tapak Ekspo Serdang. 20 Keping Kesemuanya

by Admin Cuti Malaysia on November 27, 2012

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Pameran MAHA 2012 Serdang

MAHA 2012. Seperti yang dirancangkan, Cuti Malaysia seawal 9 pagi dah sampai ke tapak Pameran MAHA 2012 Serdang  pada hari Sabtu 24 Nov yang lalu. Lokasi pameran MAHA 2012 Malaysia yang berlangsung selama 10 hari bermula pada 23 Nov 2012 – 2 Dis 2012, ialah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, MARDI, Serdang atau singkatannya MAEPS. Jika anda mengikut pelan lokasi MAHA 2012, dari Kuala Lumpur anda boleh mengambil PLUS highway dan exit di tol UPM dan meneruskan perjalanan ke arah Putrajaya-Puchong. Perhatikan signboard ke MAEPS yang juga sama arah ke hospital Serdang. Terdapat 2 pintu masuk ke MAEPS iaitu satu dari arah Hospital Serdang, dan satu lagi dari arah nak masuk ke SKVE.

Seawal 9 pagi, orang ramai sudah pun berpusu-pusu memenuhi ruang parking MAHA 2012. Berbas-bas yang datang, pastinya dari luar KL. Tak kurang juga warga KL yang datang berkenderaan. Kenderaan persendirian tak usah cakaplah, pendek kata, kalau lambat sikit, memang susah nak dapat parking.

Pengangkutan di Lokasi Pameran MAHA 2012

MAHA 2012 akan berakhir Ahad ini 2 Disember 2012

Dari parking anda perlu menapak sikit ke tempat menunggu tram dimana pangunjung akan dibawa masuk ke tapak ekspo. Tak perlu risau kerana perkhidmatan tram memang tak putus dan agak efisyen. Hentian pertama adalah ke Dewan Pameran. Di sini lah berlangsungnya upacara Perasmian Pembukaan MAHA2012 oleh YB Perdana Menteri Malaysia. Dari sini anda boleh pilih samada nak menyaksikan pameran tertutup yang berlangsung di dalam Dewan (Dewan A, B, C, D) atau pameran outdoor (showground) yang berlangsung di kawasan terbuka.

Antara yang berlangsung di Dewan ialah pameran Kraftangan dan hasil industry asas tani, AgroBazaar dan Malaysian Popular Dish. Tidak kurang juga pameran Perkahwinan Dalam Taman, Refleksologi & Spa dari sumber asli, Pavilion 13 negeri di Malaysia, dan Pavilion MOA.

Di sepanjang tapak pameran juga disediakan gerai-gerai makan dan minuman  hasil industri tani Malaysia. Pelbagai informasi yang anda dapat peroleh dari kesemua tapak pameran, dan kalau nak jalan semua, memang seminggu pun tak habis hehe. Jadi anda perlu fokus ok dan rancanglah perjalanan anda.

Pameran MAHA 2012 Serdang

Sementara masih pagi, Cuti Malaysia pilih untuk melawat tapak  pameran showground yang merupakan pameran outdoor. Terdapat 7 showground yang ditawarkan iaitu Pameran Sayur-sayuran, Padi, Ternakan,Mesin & Jentera, Perikanan, Nanas dan Florikultur. Tumpuan CutiMalaysia adalah ke Pameran Ternakan. Dari Dewan Utama kami perlu mengambil Tram yang berlabel D. Tram ini akan melalui dan berhenti di semua kawasan pameran showground dan Pameran Ternakan adalah destinasi terakhir.

Kedatangan kami disambut oleh kumpulan ‘cowboy’ yang mungkin merupakan tema mereka pada pameran MAHA 2012 kali ini. Suasana begitu meriah di sini. Pelbagai haiwan ternakan yang anda boleh saksikan seperti pameran Ayam yang pelbagai spesies termasuk Serama, Belanda dan kampung. Terdapat juga Rabbit Park dimana pengunjung dan kanak-kanak berpeluang untuk memberi makan arnab. Arnab peliharaan beserta aksesori penjagaan juga dijual di Rabbit Park ini, dengan harga yang bole kira murah juga.

Kemudian anda juga berpeluang menyaksikan rusa yang pelbagai spesies, dimana industri hasil rusa juga dipamerkan. Selain daging rusa yang bekhasiat, tanduk rusa atau Velvet juga sudah dikapsulkan bagi tujuan perubatan. Info menarik bukan!

Rabbit Farm di Pameran MAHA 2012

Dari Deer Park, kami menapak ke tempat peliharaan lembu pula. Lagi sekali Cuti Malaysia terpegun dengan spesies lembu dari Indonesia yang bersaiz sebiji kereta kancil, mungkin besar lagi! Bersebelahan kandang lembu terdapat Tempat ternakan kuda atau Equine di mana pengunjung berpeluang untuk menunggang kuda dengan bayaran RM10 sahaja untuk satu pusingan. Antara haiwan peliharaan lain termasuklah kibasy, kijang, kambing, biri-biri, dan rusa.

Pelbagai aktiviti sampingan dijalankan seperti demo memerah susu, demo membuat aiskrim dari hasil tenusu serta demo ujian kualiti susu juga dijalankan di sini.

Keseronokan dan kemeriahan berada disini memang tak dapat diceritakan, anda mesti datang sendiri. Anda boleh layan gambar Eksklusif di Taman Ternakan di bawah ini.

Lembu dah start gelisah

Picture 1 of 16

Lawatan di Taman Ternakan ini sahaja memakan masa satu jam setengah dan membawa kami ke waktu makan tengahari. Kami makan dia tapak bazaar makanan ternakan dimana tema menunya berasaskan daging. Pelbagai hidangan disediakan dari masakan kampung dan tradisi seperti rending tok, sate, lemang dan sebgaainya hinggalah ke hidangan barat seperti pizza dan pasta. Kesemuanya nampak sedap..

Hampir 3 juta pengunjung dijangka ke MAHA 2012

Ok setelah selesai makan tengahari, dan cuaca pun dah mula panas terik, Cuti Malaysia mengambil bas pulang ke Dewan Utama untuk melayan pameran-pameran indoor pula. Sempat juga membeli belah di Agrobazaar, dengan harga yang berpatutan. Siap ada supermarket lagi di sini yang menjual hasil-hasil IKS termasuk makanan, minuman, herba, racun serangga, jamu, barangan kesihatan dan kecantikan. Tidak kurang juga aktiviti jualan anak pokok dan haiwan peliharaan.  Memang ramai yang mengambil kesempatan untuk memperoleh baka pokok yang agak sukar didapati diluar dari pameran MAHA 2012 ini.

Keseluruhannya boleh disimpulkan lawatan Cuti Malaysia ke Pameran MAHA 2012 Serdang, Malaysia adalah sangat berbaloi, padat berinformasi dan menyeronokkan walaupun agak penat. Anda tidak sedar yang anda telahpun berjalan lebih kurang 2km jauhnya untuk menerokai kesemua tapak pameran hinggalah anda sampai semula ke kenderaan anda!

Cuti Malaysia memang rekomen anda ke pameran MAHA 2012 masih berbaki 8 hari lagi. Jangan lepaskan peluang sambil Cuti Cuti Malaysia!!

{ 38 comments… read them below or add one }

1 x-po December 4, 2012 at 8:35 pm

gerai apa yg paling byk dpt sambutan dr org ramai ek?

Reply

2 admin December 4, 2012 at 10:37 pm

Paling banyak sambutan.. Laman Ternakan!!

Reply

3 x-po December 9, 2012 at 11:59 am

kalau ladang arnab, for sure budak2 yg ramai yg gi situ :D

Reply

4 Cikgu Syahir December 10, 2012 at 2:07 pm

bila budak2 pegi. mak bapak mesti ikut sekali. lagi meriah la

Reply

5 x-po December 10, 2012 at 7:08 pm

mungkin mak ayah duk nguap je tgk :P

6 djdanchef January 9, 2013 at 7:39 pm

kalau djchef pun akan ke ladang arnab tu dulu,.

Reply

7 Cikgu Syahir January 9, 2013 at 10:49 pm

arnab lagi cute . saya pon suka arnab gak

8 nabila January 29, 2013 at 10:59 am

saya suka tengok arnab dari jauh je..haha. sebab bau busuk

9 Mat Yo December 6, 2012 at 9:13 am

Memang best juga pergi sana.. tapi rasanya, cuaca kali ni tak menyebelahi peserta MAHA. Petang saja hujan.

Reply

10 Cikgu Syahir December 10, 2012 at 2:08 pm

bila cuaca elok matyo leh pegi lagi. sediakan payung sebelum hujan:)

Reply

11 nabila January 29, 2013 at 10:59 am

betul tu.. musim hujan memang kena sediakan payung. tapi kalau guna kata-kata di atas, ada maksud tersirat

Reply

12 x-po December 10, 2012 at 7:09 pm

kdg2 pelik jgk bila pikir2 blk. dh tahu musim hujan, duk plan jgk penganjuran bsr2 camni. hurmm

Reply

13 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:35 am

musim cuti ni la depa target banyak pengunjung. :)

Reply

14 djdanchef January 9, 2013 at 7:45 pm

betul tu.. walaupun cuaca agak kurang cantik waktu musim sekolah lah target yg bagus utk buat event2 mcm ni

Reply

15 Cikgu Syahir January 9, 2013 at 10:51 pm

asalkan cuti . semua line clear. sanggup mengharungi cabaran cuaca

16 djdanchef January 10, 2013 at 8:16 am

@cikgu .. cuti pula waktu cuti sekolah inilah waktu plg bagus bawa family ke event mcm2 ni

17 djdanchef January 9, 2013 at 7:41 pm

betul tu, kerap hujan juga tapi event ni tetap berjalan dengan lancar

Reply

18 djdanchef January 9, 2013 at 7:43 pm

betul tu walau bagaimana pun event berjaya dengan lancar

Reply

19 titan December 6, 2012 at 8:51 pm

sempat lagi ke aku nak pergi nih. sibuk aje cuti nih. aduhaiii..

Reply

20 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 3:16 am

mesti la sempat sebab duk dekat . hehe. kita yang jauh ni tak sempat pegi

Reply

21 djdanchef January 9, 2013 at 7:46 pm

titan utamakan kerja dulu, bila ada masa bolehlah release tension ke event yg mnarik

Reply

22 Cikgu Syahir January 9, 2013 at 10:53 pm

kualiti kerja lagi penting, nanti semua setel leh la bercuti

Reply

23 djdanchef January 10, 2013 at 8:18 am

kerja dah siap nak pergi mana2 pun gumbira hati senang

Reply

24 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 3:13 am

kalau dekat dah lama ak pegi. ni jauh di selatan nuuu

Reply

25 x-po December 9, 2012 at 12:00 pm

hoho kejap penang, kejap selatan. mmg kaki jalan2 cikgu syahir nih

Reply

26 Cikgu Syahir December 10, 2012 at 2:10 pm

x jalan sangat pon . masa cuti jek jalan2. :)

Reply

27 x-po December 10, 2012 at 3:21 pm

hoho lepas ni nk gi jln2 ke mana plak? timur?

Reply

28 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:36 am

lepas ni nak g pangkor la. lama dah tak menyelam

29 djdanchef January 9, 2013 at 7:49 pm

rajin cikgu melancong tak pe lah yang penting melancong di dalam Malaysia.. hehe

30 Cikgu Syahir January 9, 2013 at 11:03 pm

macam2 adalam malaysia . tak habis lagi explore

31 djdanchef January 9, 2013 at 7:48 pm

djdanchef pun tak dapat pergi maha ni, sibuk sikit aritu

Reply

32 Cikgu Syahir January 9, 2013 at 11:04 pm

tak pe , nanti maha sekali lagi leh pergi lagi

Reply

33 djdanchef January 10, 2013 at 8:20 am

tempat2 di Malaysia amat menarik sekarang ini..

Reply

34 djdanchef January 10, 2013 at 8:12 am

ibu dan anak akan lebih tertarik ke ladang arnab

Reply

35 nabila January 29, 2013 at 10:57 am

pernah sekali ke sana. Tapi penat berjalan sebab luas sangat. Yang paling best dapat rasa sikit makanan free yg tester tu.. tapi tak banyak lah

Reply

36 djdanchef January 9, 2013 at 7:51 pm

macam komen spam jer ni.. anyway welcome to this blog :-)

Reply

37 admin January 9, 2013 at 9:20 pm

Sorrylah djdanchef.. Pantang tinggal sekejap, spam datang. Rasa macam nak sembur racun tikus je

Reply

38 Cikgu Syahir January 9, 2013 at 11:05 pm

betul tu admon kasi racun pening la koemn spam ni. tak dapat nak tengok rakan komen . :(

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: