i-City Shah Alam: Rahsia i-City Menarik Lebih 90,000 Pengunjung Seminggu??

by Admin Cuti Malaysia on May 7, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

LED light i city shah alam

Sebut sahaja i City Shah Alam, terus terbayang keindahan bandar paling bercahaya di Malaysia dengan gemerlapan cahaya lampu LED yang berwarna warni. i City Shah Alam ini salah satu tempat menarik di Selangor yang boleh anda rancangkan. Mula dibuka dibuka pada 2010, i City Shah Alam merupakan taman tema keluarga pertama yang menggunakan teknologi LED sebagai tarikan utama pengunjung. Tetapi adakah ini sahaja tarikan di Bandar i City Shah Alam ini sehingga berjaya menarik lebih dari 90,000 orang pengunjung setiap minggu?..Mari kita tinjau apa yang menarik di i City Shah Alam ini.

Bandar i city shah alam

i City Shah Alam – Bagi yang sudah pernah berkunjung pastinya banyak pengalaman menarik di sini bermandikan cahaya lampu LED bertemakan flora dan fauna. Bagi yang belum pernah berkunjung ke i City Shah Alam ini, secara amnya kota cahaya ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Taman Lampu Digital (City of Digital Light), Taman Keseronokan (Fun Zone), Water World dan Snow Walk (Taman Tema Air dan Taman Salji).

i city shah alam

Info dan Bayaran Masuk i City Shah Alam;

Waktu Operasi:

  • Snow Walk: 10 am –  1 am (setiap hari)
  • Water World: 10 am – 8 pm (setiap hari)
  • Taman Tema: 6 pm – 1 am (setiap hari)
  • Taman Lampu Digital: Buka sepanjang hari (6pm lampu mula dipasang)

Bayaran Masuk:

  • Bayaran masuk I- City: RM10 per kereta
  • All Park (SnoWalk + Taman Tema + Water World): RM50 seorang dewasa / kanak2
  • Snow Walk: RM25 Dewasa & RM20 Kanak2 (sebelum 6pm) /RM35 Dewasa & RM 30 Kanak2 (selepas 6 pm)
  • Water World: RM35 Dewasa & RM30 Kanak2 (Weekdays) / RM40 Dewasa & RM30 Kanak2 (Weekends, Cuti Sekolah, Cuti Umum)
  • Taman Tema: RM5 -RM10 setiap permainan
  • City of Digital Lights: PERCUMA untuk kawasan berlampu.

Bayaran Lain-lain:

  • Locker simpanan barang untuk ke Water World : RM5 + RM5 deposit (refundable)
  • Kasut boot + stokin di SnoWalk : RM10 per set

Nampaknya nak jimat boleh ambil tiket all-park. Terpulanglah anda nak yang mana satu ikut kesesuaian keluarga, masa dan paling penting bajet anda heheh. Cuba anda perhatikan waktu operasi setiap zon permainan adalah berbeza-beza. Kalau nak spend masa seharian dalam i-City ni bolehla ambil tiket all-park. Kalau rasa rasa nak datang santai tengok keindahan lampu bolehla berkunjung di sebelah petang. Kalau boleh jangan lewat sangat sampai sebab nanti jem nak masuk ke i-City. Mari kita ikuti senarai permainan dan tarikan di i City Shah Alam ni;

Senarai Permainan dan Tarikan Utama di Taman Tema i City Shah Alam;

  • Water World (Paling best Tornado Ride)
  • SnoWalk (Rumah Salji)
  • Muzium 3D Trick Art 
  • i-Walk (Taman LED)
  • 2-Tier Carousel (Merry Go Round)
  • Giant Ferris Wheel 
  • SuperSwing (Buaian yang macam di Genting tu)
  • Magical Christmas (Pokok Krismas LED)
  • SpaceWalk (Cable Car utk 2 orang)
  • Dessert Trail
  • Circus Travel
  • Pirate Ship
  • Choo Choo Train (kanak2 shj)
  • Children Traffic Park (ala-ala Go Kart)
  • Rainbow Park (Kereta Langgar)
  • Rodeo Bull
  • 5D Cinema
  • Game (tikam)

Nak kan gambaran terperinci, refer gambar di bawah ni.

taman tema i city shah alam

tornado di i city shah alam

i city shah alam funworld

Haaa memang happening kan, banyak aktivti keluarga dari mak, ayah hinggalah ke anak-anak semuanya pasti happy di sini. Gerai-gerai makan pun banyak dalam ni tapi agak mahal lah sikit. Nak yang standard ada KFC dan Pizza Hut. Ok lah kan untuk alas-alas perut. Antara kemudahan lain termasuklah surau untuk pengunjung beragama Islam.  Jom layan gambar-gambar menarik di i City ni.

Lokasi i City Shah Alam? Senang jer, dari Kuala Lumpur ke Shah Alam perjalanan dalam setengah jam, i- City terletak di Seksyen 7.

Lokasi i city shah alam

Banyaknya tempat menarik di Selangor untuk aktiviti keluarga cuti cuti hujung minggu kan! Sesiapa yang dah pernah ke sini macam mana pengalaman anda pula?..Share sikit..

{ 10 comments… read them below or add one }

1 Along May 8, 2013 at 1:57 am

Cantik,seakan winter eletronik
Along recently posted…Cerita Lawak Terbaik 2013My Profile

Reply

2 admin May 8, 2013 at 11:29 am

winter elektronik pun jadilah :)

Reply

3 JomJalan KL May 8, 2013 at 10:43 am

Memang syok. Tapi ramai yg merungut sbb taman tema tu charge utk setiap satu games — dan koyak poket utk yg ramai anak kecil.

Alternatifnya ialah masuk ke Taman Tema Air saja lah.
JomJalan KL recently posted…5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut TahuMy Profile

Reply

4 admin May 8, 2013 at 11:20 am

A ah dengar2 juga ramai yang merungut..tapi rasanya water world dan fun world ok, dalam RM5 ke RM10 jer per game..yang mahal Snowalk tu..and charge untuk kasut dan stokin pun agak mahal..

Reply

5 ezai May 11, 2013 at 5:57 pm

mai la join affiliate kita quairra dot com, tq

Reply

6 titan May 11, 2013 at 7:17 pm

peh..gua yang dekat ni pun tak datang-datang lagi.
titan recently posted…Putih-putih melati – Mr Bie ft. Adik C (Parodi)My Profile

Reply

7 Hafizul May 14, 2013 at 11:17 am

bayaran yang dikenakan berpatutan dan saya tidak pernah lagi jejak kan kaki ke sini..insyaALlah ada rezeki nanti nak terjah jugak kat sini..hehe
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 13 Dari JobdirumahMy Profile

Reply

8 titan August 30, 2013 at 7:03 pm

hang nak turun banting leh lalu sini gak. haha..
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 53My Profile

Reply

9 Asyrof - Blogger Tanah Arab June 11, 2013 at 9:23 pm

Wah! Harga sangat berpatutan.

MESTI pergi.

Tunggu, saya akan pulang ke Malaysia bulan 7 ni. :)
Asyrof – Blogger Tanah Arab recently posted…Musim Exam, Sakit dan TesisMy Profile

Reply

10 titan June 30, 2013 at 10:55 pm

bila ko balik haaa?? jangan lupa bawa banyak buah tangan untuk gua. hoho..
titan recently posted…Sikit pun tak mengantuk.My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: