Restoran Ikan Bakar di Kuala Selangor: Jalan Jalan Cari Restoran Ikan Bakar Paling Best!!

by Admin Cuti Malaysia on December 24, 2012

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Ikan Bakar

Hari sudah lewat petang apabila Cuti Malaysia selesai bersantai-santai di puncak Bukit Malawati. Aktiviti seterusnya yang paling best apalagi kalau bukan  cari restoran ikan bakar yang best di sini (berhampiran KL). Daerah Kuala Selangor memang terkenal sebagai pusat tumpuan hasil laut, hinggakan ramai peraih dari Kuala Lumpur yang turun ke sini hampir 2 kali seminggu untuk mendapatkan bekalan makanan laut segar pada harga yang murah. Jadi tak hairan jika restoran-restoran tempatan juga banyak yang menyediakan makanan laut yang sememangnya hasil utama disini.

Lokasi Restoran Ikan Bakar Pilihan

  • Pantai Jeram, Kuala Selangor
  • Boleh datang dari highway Latar atau dari Klang
  • Masuk simpang bertentangan dengan pejabat polis Pantai Jeram

Lokasi Ikan Bakar

Kata orang mukim Pasir Penambang adalah tempat makan popular di sini. Tapi Cuti Malaysia dah tercuba Restoran Aroma Ikan Bakar yang terletak di pesisir Pantai Jeram Kuala Selangor ni, memang sedap dan mengancam hingga tak mahu cari Restoran Seafood lain lagi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa 1 jam setengah, boleh tahan jauh, jadi jika anda merancang hendak ke mari, bolehlah jalan jalan di kawasan bersejarah Bukit Melawati sekali, barulah perjalanan anda berbaloi kan.

Sudah lumrah setiap kali malam minggu restoran ikan bakar popular memang akan dibanjiri pengunjung. Tempat duduk spot yang best semuanya sudah ditempah awal. Nasib baik ada seat lagi walaupun tak dapat duduk yang ditepi laut tu. Setelah secure seat, cepat-cepat Cuti Malaysia masuk beratur di tempat pilihan makanan laut. Cuti Malaysia terpaksa beratur lebih kurang 10 minit juga sebelum mendapat giliran. Sementara menunggu makanan sampai, sempat juga Cuti Malaysia ambil angin di pesisir Pantai Jeram menyaksikan panorama matahari terbenam. Lebih kurang 15 minit makanan sudah tersedia dihidang. Wah pantas juga servis mereka walaupun pelanggan ramai.

Ok inilah menu kami, Ikan Siakap Bakar, Ketam Sambal Telur, Udang Galah Masak Pedas, Sotong Bakar, Kerang Bakar, Tomyam Seafood, dan Sayur Kailan. Bismillah dulu ya!

Aroma Ikan Bakar

Picture 1 of 10

Aroma Ikan Bakar: Restoran Ikan Bakar (Seafood) Sedap dan Berpatutan!!

Komen Cuti Malaysia, Udang Galah Masak Pedas memang terbaik. Sotong bakar juga sangat sedap lain dari yang lain sebab walaupun dibakar ianya tak kering dan memang manis. Ketam sambal telur juga tak kurang hebat, anak Cuti Malaysis siap merengek tak cukup heheh…Yang mengancam lagi ialah sambal pencicah di sini memang cukup meleleh. Keseluruhannya memang boleh bagi 10 bintang! Kiranya dalam ranking Cuti Malaysia, Restoran Aroma Ikan Bakar ni berada di tempat kedua selepas Restoran Nelayan di Langkawi untuk kategori tempat makan makan seafood! Total Cuti Malaysia makan satu famili RM105, bagi Cuti Malaysia cukup berpatutan. Memang tak segan Cuti Malaysia nak rekomen Restoran Aroma Ikan Bakar sebagai destinasi tempat makan makan pilihan.

Tempat Makan Ikan Bakar

Jika anda hendak ke sini dari Kuala Lumpur, lebih selesa menggunakan PLUS highway dan exit di Persimpangan Kuala Selangor / Klang, dan kemudian sambung perjalanan ke Kuala Selangor menggunakan LATAR Expressway. Hati-hati kerana terdapat 3 exit berlainan dari PLUS. Jika menggunakan jalan lama dari segi jarak, mungkin lebih dekat, namun anda perlu berhadapan dengan banyak lampu isyarat yang mungkin akan melambatkan lagi perjalanan.

Ok Selamat Mencuba! Jika anda pernah ke  restoran ikan bakar yang lain di kawasan ni, silalah kongsi review anda di ruangan komen, mana tahu lain kali pergi boleh cuba :)

Jom Jalan Jalan Cari Makan..

{ 42 comments… read them below or add one }

1 aziz ahmad December 24, 2012 at 11:22 am

memang sedap makan ikan bakar disini…serta banyak pilihan boleh dibuat..mesti cuba jangan tak cuba…

Reply

2 Cikgu Syahir December 24, 2012 at 11:23 pm

ikan bakar mana-mana pon sedap. he

Reply

3 djdanchef January 29, 2013 at 6:08 pm

ikan bakar memang sedap, lagi sedap dapat makan dengan satu family

Reply

4 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:18 am

makan ramai-ramai memang jadi sedap :)

Reply

5 Mat Yo December 24, 2012 at 4:38 pm

Terbaik..setakat ni rasa masakan dan customer service masih maintain. Memang boleh datang lagi.

Reply

6 Cikgu Syahir December 24, 2012 at 11:23 pm

best la matyo dah penah datang

Reply

7 Mat Yo December 24, 2012 at 11:51 pm

Sekali sekala.. Yang selalunnya makan cekodok

Reply

8 Cikgu Syahir December 25, 2012 at 11:12 am

saya suka cucuq udang. yang panas-panas lagi sodap

Reply

9 ainun January 31, 2013 at 11:40 pm

saya kurang suka cucur udang… kenapa? saya pun tak tahu… mungkin kalau pencicah yang sedap, saya boleh makan…

10 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:15 am

saya suka cucur udang yang rangup dan panas

11 ainun December 24, 2012 at 8:30 pm

wah…nampak sedap dan menyelerakan… kalau dekat dah lama saya kesini

Reply

12 Cikgu Syahir December 29, 2012 at 8:41 pm

saya pon , kalau dekat dah lama saya rembat kedai ni

Reply

13 djdanchef January 29, 2013 at 6:10 pm

samalah.. memang terliur tengok gambar gambar yang dipost oleh admin cutimalaysia ni

Reply

14 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:16 am

tiba-tiba tengah malam macam ni lapar la pulak

Reply

15 ainun December 24, 2012 at 8:31 pm

total RM105 untuk satu family, berapa ramai ya satu family tu? boleh ajak kawan-kawan juga ni time weekend atau cuti…

Reply

16 admin December 24, 2012 at 10:49 pm

Kita orang makan untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tapi sebenarnya cukup untuk 4-5 orang dewasa.

Reply

17 ainun January 31, 2013 at 11:39 pm

ok… tenkiu admin. senang nak bajet nanti… berapa duit perlu digunakan atau berapa orang perlu diajak…haha

Reply

18 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:19 am

leh buat persediaan sebelum ke kedai :)

Reply

19 x-po December 24, 2012 at 11:19 pm

hoho santai btl pondok tpt mkn tu

Reply

20 Cikgu Syahir December 24, 2012 at 11:36 pm

boleh main pondok-pondok masa makan. macam berkelah pon ada. he

Reply

21 djdanchef January 29, 2013 at 6:10 pm

salah satu keunikan yang ada pada restoren tu

Reply

22 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:20 am

sekarang dah jadi trend letak pondok-pondok

Reply

23 Cikgu Syahir December 24, 2012 at 11:28 pm

ikan apa paling sedap?? siakap??????

Reply

24 djdanchef January 29, 2013 at 6:11 pm

ikan siakap memang sedap.. tapi ikan siakap prefer buat masak 3 rasa lagi terangkat

Reply

25 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:24 am

siakap bakar lagi sedap bagi saya

Reply

26 Leez December 25, 2012 at 10:17 pm

Aduii, nmpak sedapnya udang tu..ni rasa nak try ni..biasa kalo ikan bakar, kalo tak siakap, maybe jenahak, kerapu atau pari..tp siakap mmg paling sesuai dgn famili saya

Reply

27 Cikgu Syahir December 26, 2012 at 10:49 am

siakap sesuai dengan saya. nak cuba ketam bakar lak

Reply

28 djdanchef January 29, 2013 at 6:12 pm

dj belum pernah lagi try ketam bakar.. sedap betul tengok pic ketam kat 1st pic tu

Reply

29 ainun January 31, 2013 at 11:41 pm

memang sedap… walaupun x pernah makan kat sini… tp ketam bakar mmg best

Reply

30 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:26 am

saya tak pernah lagi makan ketam bakar

Reply

31 titan December 29, 2012 at 11:16 am

pehh..ketam tu memang sedappppp..

Reply

32 Cikgu Syahir December 29, 2012 at 8:39 pm

terliur den tengok ketam tu. sedapnyerrrrrrrrrr

Reply

33 djdanchef January 29, 2013 at 6:13 pm

memang terliur.. kalau dapat memang tak lepas.. hihi

Reply

34 ainun January 31, 2013 at 11:42 pm

kena pergi lah dj…

Reply

35 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:14 am

di jom la pergi sama-sama :)

Reply

36 syu90 January 4, 2013 at 2:33 pm

dah penah pegi tmpt nie dlu..bleh tahan sedap jgk laa..

Reply

37 Cikgu Syahir January 4, 2013 at 4:19 pm

best la dah pegi. saya ni nak pegi punya la jauh. x sempat nak merasa

Reply

38 djdanchef January 29, 2013 at 6:14 pm

dah ada testimoni dari syu.. feedback yang baik.. hehe

Reply

39 ainun January 31, 2013 at 11:43 pm

dah banyak testimoni tempat ni… kita je tak sampai lagi kan? haha

Reply

40 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:12 am

saya pon tak sampai lagi buat relax jek

Reply

41 ainun January 31, 2013 at 11:38 pm

oh ikan bakar kegemaranku… pasti ku akan ke sana nanti… I.Allah

Reply

42 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:04 am

saya pon suka ikan bakar. ikan siakap

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: