Keropok Lekor Paling Sedap di Terengganu, Yang Mana Keropok Lekor Terbaekk?..

by Admin Cuti Malaysia on May 15, 2013

in Tempat Menarik di Terengganu

Keropok Lekor Sedap

Keropok lekor merupakan ikon utama Negeri Terengganu. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menikmati keenakan keropok lekor Terengganu. Kembara Cuti Malaysia menjejak keropok lekor Terengganu membawa kami ke beberapa port menarik tempat pembuatan keropok Lekor. Sebenarnya keropok lekor ni berbeza rasanya mengikut tempat pembuatannya. Yang paling sedap pun tricky juga nak ditentukan, bergantung pada selera masing-masing.

Senarai Keropok Lekor Sedap Terengganu;

  1. Keropok Lekor Bukit Tok Beng
  2. Keropok Lekor Losong
  3. Keropok Lekor Sungai Rengas
  4. Keropok Lekor Kemaman

Review Keropok Lekor Sedap Terengganu

Keropok Lekor Bukit Tok Beng

Keropok Lekor Bukit Tok Beng

Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB) ni dikatakan paling sedap di Kuala Terengganu. Betul ker, ha tu yang kena pergi rasa. Keropok dihasilkan setiap hari, dan dijual habis setiap hari juga. Ini agaknya rahsia kesegaran keropok lekor BTB. Di sini anda dapat lihat cara pembuatannya yang masih lagi menggunakan kayu api.

Cara buat Keropok Lekor

Cuti Malaysia sampai, hari dah petang, nampak dari jauh besar lagi sign “HABIS” aduh frust. Saja saja tanya ada tak untuk makan,  ada..? Best..best.! Lokasi Keropok Lekor Tok Beng? Lebih kurang 20 minit drive dari pekan Kuala Terengganu menghala ke arah Seberang Takir. Kedai ini di sebelah kanan dekat selekoh berdekatan dengan masjid.

Keropok Lekor Losong

Keropok Lekor Losong

Keropok Lekor Warisan di Losong tak kurang hebat, cara gorengnya agak crunchy so memang sedap. Warna keropok pun gelap menandakan banyak ikan dari tepung.

Keropok Lekor Kemaman

Kalau dihari hujung minggu, memang tak menang tangan diorang melayan pelanggan. Pendapat peribadi Cuti Malaysia, Losong lebih sedap dari BTB, kerana Cuti Malaysia minat yang garing! Lokasinya di Kampung Losong. Memang banyak deret kedai yang jual Keropok lekor area situ. Carilah signboard Warisan Losong no 14 ni ok..

Keropok Lekor Rengas

Keropok Lekor Sungai Rengas

Kalau nak cuba kelainan sikit boleh cuba Keropok Lekor Rengas. Lebih kurang di Losong dan Bukit Tok Beng di sini pun selalu sahaja naik sign ‘HABIS’. Memang laris. Ada yang kata kerokok lekor Rengas lebih sedap dari BTB. Wallahualam..Tapi orang beratur panjang juga masing masing nak beli pukal, buat berniaga agaknya.

Lokasinya berhampiran Sungai Rengas ambil laluan di Kampong Banggol atau Pulau Musang. Boleh nampak gerai ni tulis Keropok Lekor Panas.

Keropok Lekor Kuala Kemaman

Keropok Lekor Kuala Kemaman

Masuk daerah Kemaman, lain pula ceritanya. Keropok disini siap ada cap masing masing. Antaranya Cap Delima, Geliga, Piala, Tenggiri, Matahari dan sebagainya. Pening juga nak pilih. Kalau anda nak cari, banyak terdapat di Kuala Kemaman berdekatan Masjid Geliga, di situ banyak deretan kedai yang macam macam cap. Cuti Malaysia pilih Cap Tenggiri sebab tanya sorang pekerja hotel mana yang sedap.  Sebenarnya lain orang lain selera, nak senang korang rasa dulu yang goreng punya sikit, kemudian pilihla yang mana satu nak borong bawak balik.

Jadi kalau anda ke Terengganu boleh la cuba kelainan keropok lekor di negeri ini. Kalau yang dah biasa memborong keropok apa pula pendapat dan  komen anda?..

{ 21 comments… read them below or add one }

1 Hairul Azni May 16, 2013 at 1:42 pm

Terengganu memang terkenal dengan pelbagai jenama keropok..betul cakap admin, kalau nak kira mana yang sedap, semuanya berdasarkan kepada selera tekak masing2..

Reply

2 Hazmin Hamudin May 16, 2013 at 5:06 pm

Keropok lekor losong ni macam dah kurang sikit sedapnya. Hanya popular pada nama sahaja rasanya.

Reply

3 admin May 17, 2013 at 10:50 am

Saya suka sbb garing..

Reply

4 TehR May 16, 2013 at 6:52 pm

kalau dulu2 memang keropok losong la yang erbaek
hinggakan kat kelantan pun ada keropok losong
pelik

sedap ni buat hidangan minum petang
hehe

Reply

5 titan May 29, 2013 at 10:28 pm

hidangan tengah malam buta pun ok apa. haha..
titan recently posted…Sila update senarai penaja.My Profile

Reply

6 zeemarlina May 17, 2013 at 8:57 am

takat ni yang paling sedap pernah makan kat kuala ibai…serius,beli RM5 pon tak cukup makan..gerainya kecik je kat tepi jalan..

Reply

7 syu90 May 17, 2013 at 10:56 am

kdg2 kwn yg stay kemaman akan bwk blik Keropok Lekor dari sna..sedappp..xmcm kt tmpt lain..

Reply

8 LeeZ May 17, 2013 at 5:17 pm

Dulu masa lalu kt Kemaman betul2 tepi jalan besar nak ke arah Pahang, dekat pekan dia dekat trafik light ada sebuah rumah kecik jual kerepok lekor ni…siap rebus kt situ lagi…tapi sekarang bila lalu kat sana, dah tak nampak lagi kedai tu…. *sob*

Kedai tu keropok dia memang paling sedap…betul2 tepi jalan…now don’t know where dia dah pindah??!! anyone from Kemaman tahu tak??

Reply

9 admin May 18, 2013 at 1:01 am

Sesiapa boleh bantu Leez menjejak kopok lekor kegemarannya..?

Reply

10 titan May 29, 2013 at 10:27 pm

kemamam? ohh..rumah bekas awek gua kat sana tu. hoho..
titan recently posted…Sila update senarai penaja.My Profile

Reply

11 titan May 29, 2013 at 10:21 pm

yang mana paling sedap sekali agaknya?
titan recently posted…Sila update senarai penaja.My Profile

Reply

12 eyriqazz June 3, 2013 at 7:56 pm

Keropok lekor 008 pantai kelulut pun sedap juga
eyriqazz recently posted…Mr Titan di MatakuMy Profile

Reply

13 Admin Cuti Malaysia June 6, 2013 at 11:44 pm

nasib baik bukan keropok lekor jebon 007 haha

Reply

14 par June 11, 2013 at 1:46 pm

yang dekat kuala ibai tu keropok lekor 007

Reply

15 Admin Cuti Malaysia June 11, 2013 at 10:35 pm

Ada juga dengar tapi tak sempai singgah. Balik lalu jalan dalam nak pergi Air Terjun Sekayu..

Reply

16 par June 11, 2013 at 1:47 pm

satu lagi biasa gi kat kpg mengabang lekar

Reply

17 Hash11 August 22, 2013 at 7:25 pm

Kemaman keropok paling best iaitu cap delima betul betul selepas shell sempadan kmn ktn.

Reply

18 Admin Cuti Malaysia August 23, 2013 at 4:16 pm

Akan datang try kat sini pula..

Reply

19 Cikgu Syahir August 23, 2013 at 10:37 pm

pak ndak saya buka kedai keropok jugak di kemaman. tapi tak pasti nama ape kedai die
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

20 Admin Cuti Malaysia August 25, 2013 at 10:17 am

Ok lain kali pi Kemaman boleh guna nama Cikgu Syahir. Boleh kot dapat discount.

Reply

21 Cikgu Syahir August 26, 2013 at 10:26 pm

leh jek. saya pon pergi sekali jek kedai die
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: