Eksklusif: (Gambar) Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Antara Aset Negara Yang Bernilai Tinggi!!

by Admin Cuti Malaysia on January 2, 2013

in Tempat Menarik di Pahang

Anak gajah di Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Kuala Gandah Elephant Sanctuary: Lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan atau lebih dikenali sebangai Elephant Sanctuary yang terletak di Kuala Gandah, Pahang ini adalah satu pengalaman menarik dan mencuit hati yang sukar untuk dilupakan. Kuala Gandah Elephant Sanctuary ini telahpun beroperasi sejak 30 tahun yang lalu dengan objektifnya melindungi gajah liar yang habitatnya diganggu oleh pembangunan serta melindungi orang awam dari gangguan gajah-gajah liar ini.

Selain itu pusat ini juga melindungi anak-anak gajah yang ditinggalkan ibunya bagi memastikan anak-anak gajah ini terus hidup.  Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Memang tanggungjawab kita kena jaga gajah-gajah ini untuk generasi yang akan datang.

Bayaran dan Waktu Operasi Kuala Gandah Elephant Sanctuary

  • Hari Lawatan: Sabtu hingga Khamis (ditutup pada hari Jumaat)
  • Waktu Operasi: 12.30 petang -5 petang
  • Bayaran Masuk: Percuma (perlu daftar terlebih dahulu)
  • Bayaran untuk mandi bersama gajah: RM10 setiap orang

Gajah mandi di Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Lawatan ke sini ialah “guided tour” dimana anda perlu masuk mengikut masa operasi yang ditetapkan bagi memastikan anda tidak ketinggalan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Berikut ialah aktiviti yang dirancangkan untuk anda sepanjang lawatan. Sayangnya aktiviti menunggang gajah tidak lagi dijalankan sejak awal tahun 2012 ini bagi mengurangkan tekanan gajah di sini. Bermakna pengunjung tidak lagi dibezakan mengikut warna tag yang diberikan dan tiada had maksima untuk pengunjung yang ingin datang.

Aktiviti di Kuala Gandah Elephant Sanctuary

1.00 & 1.30 petang MENONTON TAYANGAN VIDEO

Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar

2.00 – 3.00 petang

MEMBERI GAJAH MAKAN

Pelawat berpeluang memberi gajah makan

3.15 petang SESSI MANDI BERSAMA GAJAH

Pelawat boleh melihat gajah dewasa dimandikan dan berpeluang mandi bersama anak gajah

4.00 petang

PENERANGAN ELEPHANT SANCTUARY DI PENTAS INTERPRETASI

Diperkenalkan kepada setiap gajah, sejarah slots dan kebolehan mereka

Antara yang Cuti Malaysia paling enjoy ialah aktiviti memberi makan gajah. Seronok betul bersama gajah-gajah yang jinak ni, kanak-kanak pun berani. Pada mulanya geli dan ragu-ragu juga takut gajah ini menyambar tangan, namun ternyata mereka telah dilatih untuk hanya mengambil makanan sahaja. Mereka juga faham dengan arahan pelatih mereka.

Memberi makan gajah di Elephant Santuary

Picture 1 of 11

Selain itu aktiviti gajah mandi juga mencuit hati dengan gelagat gajah yang berguling-guling didalam air, bukan main enjoy bermain air. Gajah dimandikan didalam sungai berhampiran yang airnya paras paha. Aktiviti memandikan anak gajah pula agak menggerunkan pada mulanya bagi yang tidak biasa. Namun, memang gajah-gajah di sini jinak betul. Kerana pengunjung yang ramai, setiap orang diberikan masa 2 minit sahaja untuk berendam dengan gajah-gajah ini. Aktiviti terakhir ialah persembahan oleh gajah-gajah terlatih. Ternyata gajah adalah spesis mamalia yang bijak dan cerdik dan mampu mendengar arahan dengan baik.

Lokasi Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Keseluruhan lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary ini memang menarik dan menghiburkan terutamanya bagi yang membawa anak-anak. Boleh juga dikategorikan sebagai lawatan sambil belajar.

Banyak betul tempat-tempat menarik di Malaysia. CutiMalaysia sudah ke sini. Anda bila lagi? Jom Cuti Cuti Malaysia!!

P/S: Untuk lawatan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi butiran di bawah. Jangan lupa juga bagi sumbangan kepada Elephant Sanctuary Kuala Gandah.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (Kuala Gandah Elephant Sanctuary)

Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 09-279 0398
Waktu Pejabat:
Hari
Masa
Isnin – Ahad
8.00 pagi – 1.00 tengahari
2.30 petang – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengahari
2.30 petang – 4.30 petang

{ 16 comments… read them below or add one }

1 titan January 2, 2013 at 7:04 pm

pernah datang sini. sempat gak tengok anak gajah tu. siap main kejar-kejar lagi..haha

Reply

2 Cikgu Syahir January 2, 2013 at 8:23 pm

mesti cute anak gajah tu. lawak la. :P

Reply

3 titan January 7, 2013 at 8:32 pm

tak kiutlah anak gajah. Yang kiut comel tu..penjaga dia. hehe..

Reply

4 Cikgu Syahir January 14, 2013 at 7:08 am

haha. tu kalau penjaga dia pompuan . lau laki mmg tak kiut lah. :p

Reply

5 Cikgu Syahir January 2, 2013 at 8:22 pm

Pernah dengar tempat yang femes ni. ramai kawan saya dah pegi. saya ni jek tak pegi2 lagi. cuti bulan 3 ni sempat kot

Reply

6 Mat Yo January 2, 2013 at 9:35 pm

Lentik bulu mata anak gajah ni..

Reply

7 Cikgu Syahir January 3, 2013 at 6:37 am

sebab tu anak gajah nampak comel . bulu matanya yang lebat n lentik

Reply

8 Mat Yo January 2, 2013 at 9:36 pm

Dulu kecil2 selalu dengar mitos bila gajah nak mati, gajah tu lari jauh2 dan tinggalkan group sampai takde siapa nampak. Bila tengok Nat Geo orang putih buat kajian.. lain pula

Reply

9 Cikgu Syahir January 3, 2013 at 6:36 am

pelik jugak behaviour gajah kan. tak pernah lagi sentuh gajah

Reply

10 Leez January 3, 2013 at 12:39 pm

tu yang kene pi tu cikgu syahir..saya penah pi zoo negara la, bagi gajah makan tebu..itupun dah rasa gayat..

Reply

11 Cikgu Syahir January 3, 2013 at 1:43 pm

rasa gayat sebab pa?? gajah telan tebu terus ka?? haha. xpernah nampak gigi gajah

Reply

12 x-po January 7, 2013 at 6:09 pm

selalu tgk gajah secara live tanpa sebarang pengawasan sape2 penjaga kat highway timur barat :D

Reply

13 x-po January 7, 2013 at 6:10 pm

selalu tgk gajah secara live tanpa pengawasan sape2 penjaga kat highway timur barat :D

Reply

14 Cikgu Syahir January 20, 2013 at 9:33 pm

tu tengok gajah liar tu, malam-malam banyak la. saya pernah tengok gajah di zoo je

Reply

15 djdanchef January 20, 2013 at 2:37 pm

Banyak juga tempat yg dj xketahui.. belum pernah lagi ke sini

Reply

16 Cikgu Syahir January 20, 2013 at 9:34 pm

sama la. saya pon tak pernah pergi lagi ;) hope dapat mandi dengan gajah gak suatu hari nanti

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: