Pintu Hadapan Gambar Legoland Malaysia
Legoland Malaysia : Cuti sekolah 2012 masih berbaki 3 minggu lagi sebelum melangkah ke Tahun Baru 2013. Ditambah lagi dengan cuti Krismas dan Tahun Baru, apa kata Cuti Malaysia mencadangkan anda ke selatan tanah air menyertai kemeriahan bercuti di LEGOLAND Malaysia!
Legoland Malaysia merupakan salah satu tarikan di Iskandar Malaysia selain Johor Premium Outlet, Hello Kitty Town dan Puteri Harbour Family Theme Park, menjadikan percutian anda ke selatan tanah air ini betul-betul berbaloi.
Legoland Malaysia: Pertama di Asia dan ke-6 di Dunia!
Legoland Malaysia Johor yang bertaraf antarabangsa adalah Legoland Park ke-6 di dunia, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di dunia. Buat pengetahuan semua, tahun 2012 ini juga telah menyaksikan Malaysia berada di tangga ke 9 dalam top 10 carta pelancongan oleh United Nation World Trade Organisation (UNWTO). Syabas buat Malaysia!
OK, apa yang menariknya di Taman Tema Legoland ini? Ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia adalah 40 permainan dan pertunjukan interaktif serta 15,000 struktur model yang dibina daripada kira-kira 30 juta keping Lego untuk disaksikan dan diterokai oleh para pengunjung. Terdapat 7 pembahagian taman tema yang berasingan mengikut kesesuaian umur iaitu :
- Lego Beginner,
- Lego Kingdom,
- Lego Technic,
- Lego City
- Lego Imagination
- Lego Adventure
- Lego Miniland
Harga Tiket Legoland Malaysia
- Dewasa : RM140
- Kanak-kanak/Warga Emas RM140
- Pas Tahunan: RM275 (Dewasa) / RM210 (Kanak-kanak & Warga Emas)*
* Sold out!
Walaupuan harganya agak tinggi namun jangan terkejut kerana tiket untuk pas tahunan sudahpun habis dijual untuk tahun 2013! Harga promosi pembukaan Malaysia Legoland Johor pada September yang lalu ialah RM96 sahaja untuk dewasa dan RM76 untuk kanak-kanak. Harga tiket ini walaubagaimanapun mungkin akan berubah atau meningkat lagi di masa hadapan dengan penambahan Taman Tema Air Legoland yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2013.
Sekarang ni masih ada harapan lagi tau untuk yang dapat tiket murah ni. Caranya ialah dengan melawat Legoland Park Malaysia ni melalui pakej pelancongan ke Legoland yang banyak disediakan oleh beberapa travel agen tempatan. Biasanya pakej ini lebih jimat kerana ia termasuk penginapan dan tiket ke Legoland berserta hotel transfer pergi dan balik dari hotel ke Legoland.
KLIK SINI: Laman Web Rasmi Legoland Malaysia
Untuk ke sini anda boleh drive sendiri (exit LinKedua dari PLUS) atau mengambil bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Sejak pembukaannya pada September lalu, pihak penganjur juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang awam ke sini. Perkhidmatan shuttle bas antara yang paling penting dimana servis bas ini disediakan setiap hari di Johor Bahru, Larkin, Gelang Patah dan Johor Premium Outlet, seawal 9 pagi hingga 6.30 petang. Jika berkenderaan sendiri, ruang letak kereta melebihi 3500 biji kereta disediakan di taman tema ini.
Cuti Malaysia juga memang berkeinginan yang melonjak-lonjak untuk ke sini cumanya keadaan dan masa yang belum mengizinkan. InsyaAllah 2013 nanti Cuti Malaysia akan cuba meluangkan masa di Malaysia Legoland Johor dan kawasan menarik lain sekitar daerah Iskandar Malaysia. Yang mana datang daripada jauh itu, tidak perlu risau begitu banyak hotel yang ditawarkan di sekitar Legoland Malaysia Johor ini….
Banyaknya destinasi cuti-cuti Malaysia. Anda pula bagaimana? Ada di sini yang anda pengalaman berkunjung ke Legoland Malaysia Johor? Ok?



{ 39 comments… read them below or add one }
memang tak akan gi kot kat sini. tiket mahal giler. tak berbaloi lgsg
X-po.. Mahal ni subjectif sikit. Mahal bagi kita.. Ok utk org lain, sebaliknya. Harga tiket dijangka akan naik bila dah siap semuanya.
kena menoreh 2 3 minggu baru dpt beli tiket nk masuk legoland
mahal xpe. asalkan bermakna. masuk sekali dah ler. Anak-anak mesti suka tempat macam ni
tak ada anak lg
nanti ada anak le tu . sabaq la.
mahal ke.
Nurin. Harga RM100 lebih kira mahal ke tak. Sorang atau berdua ok lagi. Kalau anak dah sekapal.
Tapi macam admin kata bila dah siap sepenuhnya harga mesti naik punya
sementara harga macam sekarang ni sederhana. lebih baik pegi
statement tu aku setuju sgt2
mahal bg sy
sederhana la nurin. apa pon leh try dulu
Betulah.. Kalau tidak takkan sampai season tiket sold out.
barang baik mesti la mahal. siap habis lagi t utiket. haha
I pernah dpt offer dari agen hotel 3star + tiket legoland utk 2 dewasa baru RM288++.ok dah rasanya rate tu.
murah nya. dapat offer macam tu terus grab la. tunggu cuti jek terus pergi
majunya malaysia . ke-6 di dunia. disneyland ja tak ada lagi di malaysia. tahun depan ada taman tema air kat legoland. mesti lagi best .
sekarang yang takder tmn tema air pun dah tak menahan harganya..
harga antarabangsa. bagi pelancong mungkin murah. bagi kita. agak mahal la
lagi la payah sy nk gi ke sana nnt
saya pon payah . jauh. main pusing2 utara ja
Sekarang tempat mana2 pun dah mahal. Sunway Lagoon pun dewasa dah RM120. Rasanya 5 tahun lepas 30 lebih saja..
Nak murah pergi air terjun atau pantai. Guling2 dan mandi2 sampai puas
betul tu. semua benda makin mahal sekarang ni. he
kita sbg pengguna blh boikot cewah
kalau ramai x g mesti harga turun macam durian runtuh.
ada masa memang aku nak gi sana lepas ni.
tu la, cek pon nak pegi walaupun jauh. utara ke selatan
hai,
harap dapat pergi kesana satu hari nanti…
bila ada cuti dan masa lapang. jom ke sana sama-sama . leh jumpa blogger ni
tu laaaa… tak pegi lagi. ramai blogger yang dah pegi.. tapi macam cuaca agak panas..
saya pon tak pergi lagi. cuaca di sini selalu hujan x tak tahu pulak sana panas . Tq for the info
next year kerja kat johor… mungkin pergi by group dapat tket murah kan…
nak join ainun bole???? nak dapat mirah gak .hehe
panas la kat sini sebab lum ada pokok..kalau ada anak kecik better x yah gi kot..pi je tempat lain..
tunggu pokok tumbuh bagi besar dulu. baru leh pegi la. hehe
betul juga cakap Cikgu Syahir,biar tunggu pokok tumbuh besar dulu baru gi,
mungkin harga tiket melambung tinggi gila pula.kalau anak sekapal bankrup le ha…….ha
Saya nak gi dgn keluarga,tapi lepas tengok comments diatas,rasa2 tak jadi pergi.
sebab harga tiket mahal juga dan pokok pun belum tumbuh besar,kalau gi sana sehari di bawah matahari terik,ehhhhh pitam semua.
hee…….he
Hujung tahun ni nak bwa anak2 g legoland.mesti harga semakin mningkat kn.
banyak promosi utk Legoland kalau ambil pakej skali dgn hotel..