Tempat Makan di Bangi: Apa Yang Menarik Bersarapan di Roti Canai DBukit?

by Admin Cuti Malaysia on January 30, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Lokasi Tempat Makan di Bangi

Antara tempat makan di Bangi Cuti Malaysia rasa terpanggil untuk merasai sendiri kehebatan bersarapan pagi di Warung Roti Canai D Bukit . Sebenarnya Cuti Malaysia secara tak sengaja terserempak dengan Warung Roti Canai D Bukit ini sewaktu ada urusan ke Bangi. Dari jauh lagi memang anda akan terkejut dan takjub jugalah hanya warung ini yang dibanjiri pengunjung seawal 7.30 pagi hingga ke tengah hari.

Keadaan warungnya begitu santai namun begitu popular di sini. Cuti Malaysia tidak pasti jika hari bekerja sambutan adalah semeriah ini namun menurut pengunjung tempat warung ini saban minggu, setiap kali hujung minggu memang beginilah keadaannya. Pengunjung sanggup beratur untuk mendapatkan tempat duduk dan sanggup juga parking kereta jauh dari warung ini semata-mata untuk menikmati hidangan di sini.

Area tempat makan di Bangi

DBukit juga menawarkan parking attendant untuk mengendali pengunjung yang datang dengan kereta! Agak susah juga hendak mencari tempat makan di Bangi hingga memerlukan khidmat parking attendant. Memang ramaila pengunjung ke sini.

Apa istimewanya Warung Roti Canai D Bukit antara tempat lain-lain tempat makan di Bangi?

Menu best tempat makan di Bangi

Tempat Makan di Bangi: Menu Utama Warung DBukit

  • Roti Canai Garing Gulai Kambing – RM0.90 sebiji
  • Sepiring Gulai Kambing beserta isi: RM4.50 sepiring (percuma top up kuah)
  • Nasi Lemak Sambal Sotong: RM2.00
  • Soto: RM3.00 Sepiring
  • Mee Jawa: RM3.00 Sepiring

Review Cuti Malaysia tentang ikan bakar di Bagan Lalang (KLIK SINI) dan Jeram (KLIK SINI) atau roti john Putrajaya (KLIK SINI)

Harga standard, tak murah dan tak pula mahal. Rasanya bagaimana pula?..

Cuti Malaysia pastinya tak ketinggalan merasai keenakan Gulai Kari Kambing yang menjadi pilihan menu paling istimewa di sini yang mungkin susah nak dapat jika anda akan roti canai di tempat lain. Selain itu Cuti Malaysia juga memilih Soto dan Mee Jawa di sini. Keseluruhannya, Gulai kari Kambing dan Mee Jawa memang terbaik. Mee Jawa tu rasanya sedap lain dari yang lain. Memang berbaloi cuba Mee Jawa di sini. Soto pula bertambah kick dimakan bersama sambal kicap cili api, memang terangkat. Anak Cuti Malaysia tak angkat muka lah menikmati hidangan soto yang sedap!

Lagi Gambar Warung DBukit

Soto

Picture 1 of 6

Lokasi Tempat Makan di Bangi, Warung DBukit

  • 2km dari exit tol Plus Kajang terus menghala ke Bandar Baru Bangi
  • 50m selepas stesyen Petronas sebelah kiri
  • Bertentangan dengan Shell

Kalau sudah dekat tu memang boleh perhatikan banyak kereta parking di bahu jalan. Sesiapa yang masih mencari di mana tempat makan di Bangi, Warung Roti Canai DBukit boleh menjadi salah satu pilihan anda.

Jom Jalan Jalan Cari Makan..

{ 20 comments… read them below or add one }

1 zeemarlina January 30, 2013 at 9:08 am

makan favourite rakyat malaysia…harga boleh tahan..tak mahal,biasa roti kosong RM1..

Reply

2 x-po January 31, 2013 at 12:28 pm

kalau roti tebal lg best. baru kenyang bl mkn :D

Reply

3 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 2:39 pm

tebal dan lembut. kuah mesi pedas. baru best

Reply

4 ainun January 31, 2013 at 11:58 pm

pedas dan manis secukup rasa…. kadang pedas dan tawar…x best

Reply

5 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 2:40 pm

harga ok la tu. roti telur berapa???

Reply

6 ainun January 31, 2013 at 11:57 pm

harga macam biasalah… eh-eh… hehehe…gurau je

Reply

7 x-po January 31, 2013 at 12:27 pm

mmg lagi suka roti canai melayu dari mamak. yg melayu lg garing

Reply

8 zeemarlina January 31, 2013 at 1:10 pm

mamak geli la..tp kalau terdesak mkn jugak..

Reply

9 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 2:41 pm

saya tak berani makan mamak buat roti canai. hehe. jgn tanya sbb ape

Reply

10 ainun January 31, 2013 at 11:59 pm

hehehe… kalau kawan tny saya pun, sy akan senyap atau sy jawab sama cam cikgu…

Reply

11 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 2:40 pm

saya suka yang melayu sbb ada kuah ikan bilis

Reply

12 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 2:38 pm

saya suka roti canai telur. kuah ikan bilis sambal dan kuah kari

Reply

13 ainun January 31, 2013 at 11:59 pm

saya suka roti cheese… yang ada garing skit

Reply

14 Roslan January 31, 2013 at 4:09 pm

Tak perasan pulak kedai ni… nak kena cuba gak sekali ni…. macam menarik…

Reply

15 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 7:52 pm

ya. mesti kena try sebab dah dekat

Reply

16 titan January 31, 2013 at 10:37 pm

fuhh..macam sedap aje roti canai tu..harga pun murah.

Reply

17 ainun January 31, 2013 at 11:56 pm

kiki… roti canai pun nampak sedap juga… pandai admin snap

Reply

18 ainun January 31, 2013 at 11:55 pm

soto tu nampak kureng sedap… sedap ke idok tuan admin?

Reply

19 admin February 1, 2013 at 12:36 am

Soto penampilan agak kureng.. tapi rasa memang ada terangkat. Tinggal kari kambing untuk roti canai siapa yang tahan tu elok ambil lain la. Agak kuat juga rasa dia.

Reply

20 jobdirumah review February 13, 2013 at 7:54 pm

pehh..kari kambing tu!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: