Tempat Makan Best di Putrajaya: Roti John Putrajaya. Pelanggan Sanggup Beratur Panjang!!

by Admin Cuti Malaysia on January 10, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Makan Roti John di Putrajaya

Sejak disiarkan di dalam rancangan tempatan tentang tempat makan di Putrajaya, makin ramai pelanggan datang menyerbu. Mana lagi kalau bukan ‘Roti John Putrajaya’ dan semua orang terbayang ‘Roti John Unan’ yang popular di kalangan penduduk Putrajaya dan KL. Hujung minggu baru-baru ini, Cuti Malaysia menerjah ke tempat makan di Putrajaya ini hendak rasa sendiri  keenakan Roti John Unan ni. Betul ke sedap? Tu yang kena cuba kan.

Lokasi tempat makan Putrajaya (Roti John Unan)

Taman Warisan Pertanian, Presint 16

Lebih mudah melalui jalan belakang Alamanda

Roti John Unan adalah salah satu gerai di Medan Selera Taman Warisan Pertanian ni. Orang ramai datang ke sini untuk ke Food Court ni. Yang menjadi tumpuan ialah Roti John yang telah pun bertapak di sini sejak 2006 lagi. Lama kan, dah ada pelanggan tetap dan juga pelanggan baru setiap hari. Roti John ni memang popular sehinggakan orang ramai sanggup beratur panjang. Tak percaya tengok.

Tempat makan di Putrajaya

Cuti Malaysia sampai gerai Roti John Unan ni telahpun dibanjiri pengunjung. Tak ada gerai lain pun yang sambutannya setanding gerai Roti John di situ. Diikutkan hati, kenapa pula nak beratur panjang semata-mata untuk Roti John kan. Mesti spesial sangat!! Sepanjang beratur tu tekun Cuti Malaysia memerhatikan cara pembuatan Roti John ini.

Roti John Unan

Picture 1 of 4

Harga Roti John Unan (makan/ bungkus) di Putrajaya

Roti John panjang: RM 3.70 (3 untuk RM10)

Roti John pendek:   RM 2.70 (4 untuk RM10)

Dalam tak sedar selepas hampir setengah jam barulah sampai giliran Cuti Malaysia. Tak sabar rasanya hendak makan Roti John yang sangat sedap ni. Wahh, memang nampak sedap, bertambah lagi dimakan panas. Yang buat sedapnya ialah rotinya dibakar garing bersama mentega. Kemudian baru disapu inti pilihan samada ayam atau daging. Dibakar lagi. Untuk finishing diletakkan timun, salad bersama sos dan mayonese. Sosnya pun tak sure dia pakai sos cap apa, memang sedap betullah. Rasanya tak sama dengan roti john pasar malam yang lain. Lelehan sosnya terkena dengan resepi istimewa intinya memang mengena.

Makan di Putrajaya

Tempat menarik lain di Putrajaya: Morrocan Pavillion (KLIK SINI) dan Taman Botani (KLIK SINI)

Uishh tak sia-sia beli 3 biji sekali gus. Habis, makan 4 beranak heheh..Kenyang sampai kami tak perlu makan malam pun hari tu. Cuti Malaysia memang rekomen untuk makan Roti John Unan di Putrajaya ni. Confirm Cuti Malaysia akan ke sini lagi.

Jom Jalan Jalan Cari Makan di Putrajaya pula!!

{ 63 comments… read them below or add one }

1 nabila January 10, 2013 at 10:16 am

wah..ramainya orang..beratur panjang lagi. nanti nak pergilah..

Reply

2 x-po January 10, 2013 at 6:45 pm

nnt tlg belikan utk sy sekali ya sbb sy mls nk beratur lama2 :P

Reply

3 Cikgu Syahir January 10, 2013 at 10:54 pm

beratur panjang melatih diri untuk sabar :)

Reply

4 x-po January 13, 2013 at 10:27 pm

sabar, sabar jugak. malas, malas jugak :D

Reply

5 Cikgu Syahir January 14, 2013 at 12:13 am

tempah kat org jela bila malas. bg upah runner. hehe

Reply

6 cik tom January 15, 2013 at 2:07 pm

kalau dah ramai sanggup beratur tue mmg sedaplah..

7 Cikgu Syahir January 15, 2013 at 7:23 pm

ni memang terbaik la. kalau saya rasa sekali pon nak lagi :)

8 djdanchef January 26, 2013 at 2:33 pm

memang terpikat dj dgn gerai ni.. mesti sos dan dagingnya sedap, resepi rahsia

Reply

9 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:35 pm

resepi rahsia?? ada ramuan yang tersendiri tu. hanya otai saja dapat bezakan ramuan :)

Reply

10 djdanchef January 30, 2013 at 12:12 am

ramuan rahsia apalah yang diorang gunakan agaknya tu yer.. hehe

Reply

11 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 6:54 am

yang tu masih jadi misteri. chef saja dapat detect ramuannya

12 titan January 10, 2013 at 2:27 pm

fuh..penuh juga rupanya ye..

Reply

13 Cikgu Syahir January 10, 2013 at 10:55 pm

barang panas mesti penuh punya. barang baik

Reply

14 djdanchef January 26, 2013 at 2:34 pm

makanan sedap memang ramai sanggup menunggu

Reply

15 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:34 pm

saya ponsanggup tunggu kalau macam ni. rasa sekali nak lagi

Reply

16 djdanchef January 30, 2013 at 12:13 am

sedap lepas tu harga pun berpatutan.. memang sanggup tunggu. hehe

Reply

17 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 6:54 am

betul semuanya berpatutan. sebab tu ramai yang minat nak tggu

18 leez January 10, 2013 at 3:50 pm

Orang dah penah rasa roti john ni,mmg betul lain dari rasa roti john pasar malam kat tempat len..harga sama tp kualiti mmg jauh sedap yang ni punya..

Reply

19 x-po January 10, 2013 at 6:46 pm

ooo nmpknya dh ada testimoni kt sini. so mmg btl la roti john dia sedap

Reply

20 Cikgu Syahir January 10, 2013 at 10:55 pm

memang terbukti la . ada yang pernah merasa. saya pon terliur ni.

Reply

21 djdanchef January 26, 2013 at 2:36 pm

leez dah pernah makan.. haih dj bilalah dpt peluang makan roti john ni

Reply

22 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:36 pm

saya ni pon tak merasa lagi roti john yang sedap ni

Reply

23 djdanchef January 30, 2013 at 12:18 am

kalau ada kat situ.. memang dj beli 3 roti john

Reply

24 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:00 am

waaa. beli 3 baru kenyang. hehe

25 x-po January 10, 2013 at 6:42 pm

hehe kalau saya, tak mkn roti john tak pa dari kena tggu beratur satu jam :D

Reply

26 admin January 10, 2013 at 9:36 pm

Silap bukan sejam. Setengah jam. Typo. Jangan marah

Reply

27 x-po January 13, 2013 at 10:28 pm

hehe marah ni marah

Reply

28 Cikgu Syahir January 14, 2013 at 12:14 am

sabaq judinbo. nak sejukkan jom kita p mkn ais kacang

Reply

29 Cikgu Syahir January 10, 2013 at 10:57 pm

saya beratur bawak kerusi. siap boleh duduk lagi.he2

Reply

30 djdanchef January 26, 2013 at 2:37 pm

kalau dj lah, kna standby air sejuk dan kipas nak tunggu beratur ni

Reply

31 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:37 pm

bawak kipas yang pakai bateri tu, menunggu dengan penuh bergaya :)

Reply

32 djdanchef January 30, 2013 at 12:25 am

haha.. kipas pakai bateri tu kecil sangat.. dj bawa kipas bakar satay tu, kuat sikit angin

Reply

33 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:01 am

bawak extension sekali sambung plug. haha baru style

34 Cikgu Syahir January 10, 2013 at 10:57 pm

roti john yang sedap dan harga murah. kalau duk dejat saya pon dah rembat

Reply

35 djdanchef January 30, 2013 at 12:25 am

samalah.. kalau duk dekat memang beli tiap2 hari

Reply

36 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:03 am

hope nanti ada cawangan la. dapat la merasa

Reply

37 cik tom January 15, 2013 at 2:05 pm

pergh terliur tengok roti john…1 of favourite cik tom esp. time buka puasa..

Reply

38 Cikgu Syahir January 15, 2013 at 7:22 pm

time tak buka puasa pon boleh rembat. saya suka baby john sebab ia comel. :)

Reply

39 djdanchef January 26, 2013 at 2:39 pm

pelik cikgu ni, suka baby john sbb comel je.. hihi dj suka roti yang panjang dan inti penuh dgn daging ayam

Reply

40 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:38 pm

kalau dah inti penuh. sume orang suka, nak makan :)

Reply

41 djdanchef January 30, 2013 at 12:27 am

hehe.. memang ramai akan suka kalau inti roti john banyak sama juga dgn kebab

Reply

42 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:05 am

ya. inti banyak rasa berbaloi tunggu lama-lama

43 zeemarlina January 18, 2013 at 8:55 am

selalu bulan puasa je cari roti john…xleh jadi ni,tgk orang ramai lagi la nak cuba…mesti sedap ni..

Reply

44 djdanchef January 30, 2013 at 12:39 am

zee jangan lupa belanja dj sekali.. hehe

Reply

45 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:05 am

dekat saya pon jangan lupa beli jugak .saya nak kirim

Reply

46 zeemarlina January 30, 2013 at 9:19 am

cikgu nanti say pos ye..

Reply

47 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 10:58 am

bestnya . zee nak tolong postkan untuk saya

48 zeemarlina January 30, 2013 at 9:18 am

boleh je dj..

Reply

49 zeemarlina January 22, 2013 at 10:43 am

nak try jugak…takde la mahal sangat..

Reply

50 Cikgu Syahir January 25, 2013 at 8:19 pm

harga berpatutan tu. jom grab. roti yang berkualiti pasti ramai yang suka

Reply

51 djdanchef January 26, 2013 at 2:41 pm

harga memang sgt berbaloi, sedap lepastu murah pula

Reply

52 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:38 pm

harga mampu milik . ramai yang berminat ;)

Reply

53 djdanchef January 30, 2013 at 12:50 am

memang sangat sangat berbaloi, sedap dan harga yang berpatutan

Reply

54 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 11:08 am

nak jugak la dj. x sabar dah nak makan

55 zeemarlina January 25, 2013 at 3:09 pm

admin..gerai ni operasi dari pukul berapa sampai pukul berapa?

Reply

56 djdanchef January 26, 2013 at 2:42 pm

ramai yang beratur macam nak masuk tengok anugerah juara lagu..

Reply

57 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:39 pm

beratur bayar bil astro pon tak sampai macam ni. kelakar pon ada :)

Reply

58 djdanchef January 30, 2013 at 12:52 am

haha.. bil astro kalau beratur panjang semata2 nk byr bil memang hangin ler jwbnya.. klu beratur utk bli roti john xpe.. hehe

Reply

59 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 7:08 am

ya. tungu lama-lama last2 dapat makan jugak

Reply

60 zeemarlina January 30, 2013 at 9:18 am

dah try dah roti john ni..rasanya boleh tahan jugak..tak mengecewakan..thanks ye admin..tak pernah tahu plak byk gerai kat situ..

Reply

61 Cikgu Syahir January 30, 2013 at 10:57 am

zee dah cuba . best la. saya ni tak lagi peluang nak mencuba

Reply

62 Suhaimi April 14, 2013 at 6:56 pm

Unan Roti John Putrajaya memperluaskan kawasan perniagaannya bukan sahaja berada di Putrajaya, kini telah berada di beberapa tapak pasar malam. Dapat kan Unan Roti John Putrajaya di tapak pasar malam yang berhampiran dengan anda.
Check-out Facebook Unan Roti John Kajang page untuk senarai tapak-tapak pasar malam.

Reply

63 aki May 8, 2013 at 3:11 am

salam.bagi sya roti jon nie biasa2 jer..roti xla besar mana.
Rasanya not bad,boleh tahan.Pasar mlm area rumah sya lagi kaw inti n sosnya
melimpah.just my 2cent…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: