Museum i City Shah Alam: Bagaimana Museum Art 3D Memukau Ilusi Optik??

by Admin Cuti Malaysia on June 3, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Trick Art Museum i City

Hujung minggu baru ni, Cuti Malaysia ke satu lagi tempat menarik di Selangor: Museum I City Shah Alam yang juga merupakan Museum Art 3D yang pertama di Malaysia. Museum ini adalah salah satu tarikan paling menarik di Taman Tema i City selain Water World dan SnoWalk. Tidak seperti kunjungan ke muzium-muzium sejarah seperti
muzium negara dan muzium negeri yang  selalunya kita pergi untuk menambah pengetahuan tentang sejarah negara, Museum i City ini pula memang lain dari yang lain. Cuti Malaysia boleh katakan Museum i City ini  lebih kepada Muzium untuk beraktiviti menggayakan objek lukisan tersebut. Okay, sebelum nak kongsi cerita jom ikuti dulu info Museum i City;

Info Museum i City Shah Alam

  • Lokasi: Di Gate C di Taman Tema i City
  • Waktu Operasi: 11 am – 11pm
  • Harga Tiket: RM5 Dewasa / PERCUMA kanak-kanak (ketinggian) bawah 90 cm

Museum i City in zone C

Bagi pengunjung yang mempunyai tiket taman tema air (water park) bayaran masuk ke Museum I City Shah Alam dikecualikan.

Kali pertama ke sini, rasa janggal juga jika aktivitinya hanya memerhatikan lukisan di dinding. Tak lama kemudian, ada seorang pengunjung ni mula menggayakan lukisan tersebut dan sebenarnya ia nampak macam betul. Tambah lagi bila berada dikedudukan betul pada keadaan gambar dan diabadikan di dalam gambar.  Memang nampak real. Cuti Malaysia sudah mula dapat merasaikan kelainan museum ini. Menarik!!

Lokasi Museum I City Shah Alam

  • Dari Kuala Lumpur menghala ke Klang melalui Jalan Persekutuan
  • Lebih kurang 5 km dari tol Batu Tiga susur keluar ke Persiaran Kayangan
  • Jalan masuk I City (Museum I City Shah Alam) bertentangan dengan Kampus UiTM
  • Papan tanda ke I City kelihatan dari Jalan Persekutuan lagi

Rombongan Cuti Malaysia sekeluarga tidak putus mengambil gambar dan mencuba pelbagai gaya pelbagai aksi. Lebih kurang setengah jam jugalah dalam Museum I City Shah Alam ni. Antara aksi-aksi pengunjung yang excited hehe..

unik di museum i city

menarik bergambar di museum i city

jalan jalan museum i city

Target kali ini memang nak pusing pusing museum sahaja, nak ke SnoWalk dan Water World, ramai betul orang beratur, biasalah cuti sekolah. Namun, sempat juga melayan kids main-main kat area Fun World ni.

Kalau anda tiada apa rancangan Museum I City Shah Alam  boleh dijadikan tarikan hujung minggu atau di musim cuti sekolah. Sesiapa yang sudah ke sini apa pandangan anda?

{ 13 comments… read them below or add one }

1 titan June 3, 2013 at 3:51 pm

budak-budak memang suka tempat-tempat gini..
titan recently posted…Ramai gak yang tak puas hati dengan gua.My Profile

Reply

2 Razlan June 4, 2013 at 1:30 pm

Saya pun suke tempat camne
Razlan recently posted…Contoh Resume Pembantu Penguasa KastamMy Profile

Reply

3 titan June 17, 2013 at 6:16 pm

mana tidaknya..ada gorilla gila besar tuu. haha
titan recently posted…Keputusan Rasmi Contest Review Tak TerkalahMy Profile

Reply

4 Hafizul June 30, 2013 at 1:20 pm

Emm takut la ada gorilla besar macam tu..nanti saya jadio fobia..haha..jangan marah gurau je…
Hafizul recently posted…4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

Reply

5 titan June 30, 2013 at 10:58 pm

jadio fobio tu menda? yang gua tahu, gorilla fobia aje. haha..
titan recently posted…Komisen ke 23 dari InnityMy Profile

6 Jannah June 5, 2013 at 2:48 pm

Tak pernah pegi lagi,macam best

Reply

7 Ummi Hanie June 5, 2013 at 11:35 pm

wah teringinnya nak bawa anak2 ke muzium dan taman tema ni
Ummi Hanie recently posted…Musim anak-anak tidak sihatMy Profile

Reply

8 Admin Cuti Malaysia June 6, 2013 at 11:42 pm

Yang bestnya pi sebelah malam boleh tengok lampu, tapi kalo anak kecik kurang sesuai..

Reply

9 Jannah June 6, 2013 at 10:58 pm

Jom jom buat rombongan hehe,

Reply

10 NotaKembara June 10, 2013 at 11:58 pm

menarik! luas tak tempat dia? dah la tiket pun murah! macam kat Trick-eye Museum kat Seoul, kecik je. cuma yg uniknya, muzium tu bawah tanah, harga pun mahal dlm 10000 won (RM 30)
NotaKembara recently posted…Kembara Seoul, Korea: Hari Pertama – Part 3My Profile

Reply

11 Admin Cuti Malaysia June 11, 2013 at 10:36 pm

Takde la luas sangat. Shoplot yang telah di combine. Oklah dngan harga RM5.

Reply

12 zeemarlina June 18, 2013 at 10:56 am

pestime bukak dulu pernah la gi..skrg cam teringin tapi pk ramai sangat trus tak jadi..

Reply

13 Hafizul June 30, 2013 at 1:16 pm

Kalaulah boleh bawa si anak kesini mesti seronok betul dia..hehe..nantilah ada rezeki nak pergi juga ke sini..hehe
Hafizul recently posted…4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: