Muzium Coklat Kota Damansara: CutiMalaysia ke Muzium Coklat Yang Pertama di Asia Tenggara!

by Admin Cuti Malaysia on April 15, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Pintu Masuk Muzium Coklat Kota Damansara

Kali ini Cuti Malaysia nak memperkenalkan satu lagi destinasi hujung minggu yang menarik di KL ni.  Mungkin ramai yang belum tahu di KL ni ada sebuah muzium baru iaitu Muzium Coklat! Muzium ini baru sahaja dibuka pada November 2012 pemilik syarikat coklat jenama Fidani dan Danson iaitu Dato” Dahlan Rashid yang juga digelar “Raja Coklat Malaysia”. Muzium Coklat ini terletak di kawasan perindustrian Kota Damansara.

Lokasi Muzium Coklat

Info Muzium Coklat:

  • Lokasi: Selangor Sains Park 1, Jalan Teknologi 3/4, Kota Damansara
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) 10a.m. – 5p.m.
  • Masuk adalah PERCUMA

Bagi Choc Lovers Muzium ini mungkin menyebabkan anda teruja untuk ke sana. Jadi apa aktiviti menarik di Muzium Coklat ini?

Aktiviti di Muzium Coklat;

  1. Merentasi masa mengenali sejarah kewujudan coklat di dunia yang telahpun wujud lebih 3000 tahun dahulu.
  2. Mengenali asal coklat dari  pokok koko serta proses-proses bagi menghasilkan coklat
  3. Pendedahan tentang kebaikan coklat sebagai antioksidan untuk kesihatan
  4. Menyaksikan demo dan seni membuat coklat
  5. Shopping coklat fresh dari kilang!


Demo membuat coklat di Muzium Coklat

Sebenarnya muzium coklat ini bertempat dalam kilang coklat ini sendiri. Keluasan muzium ini sederhana besar dan anda memerlukan lebih kurang sejam sahaja untuk melawat muzim ini termasuk shopping time. Banyak perkara baru tentang coklat yang Cuti Malaysia pelajari di sini. Antarannya ialah mengenali Bapa Coklat, Lindt yang berasal dari Switzerland yang mula-mula mengkomersialkan coklat ke seluruh dunia. Kegunaan asal coklat ialah sebagai minuman diraja hinggalah sekarang coklat diolah sebagai snek yang berkhasiat dari yang murah hinggalah jenama yang mewah.

Shopping Coklat di Muzium Coklat

Jika sebelum ini coklat sering dikaitkan dengan kegemukan, tapi tidak lagi selepas anda mengetahui fakta sebenar yang coklat ini sangat baik untuk kesihatan terutamanya “Dark Chocolate” yang tinggi khasiat antioksidanya. Cuti Malaysia juga baru tahu yang coklat ni tinggi kandungan Kalsium, Magnesium dan Potassium. Yang penting jangan berlebihan kan.

Aktiviti di Muzium Coklat ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana banyak yang pendedahan di sini. Biar mereka kenal dengan pokok koko yang semakin sukar untuk dijumpai sekarang. Jika di zaman kita kecik-kecik dulu, pokok koko boleh ditemui di belakang rumah opah, sekarang pokok koko boleh ditemui di muzium!

Di sini Cuti Malaysia nak share beberapa gambar di Muzium Coklat;

Conching Machine bagi menghaluskan tekstur coklat

Picture 1 of 9

Jika berkelapangan bawalah keluarga anda melawat ke Muzium Coklat ini. Memang banyak tempat menarik di Kuala Lumpur untuk diterokai!

Jom Cuti Cuti Malaysia…

{ 6 comments… read them below or add one }

1 zeemarlina April 15, 2013 at 11:28 am

menarik ni…mesti budak-budak suka dtg sini..

Reply

2 admin April 15, 2013 at 2:31 pm

Jangankan budak-budak jer, mak dan ayah budak pun sama heheheh..

Reply

3 Jannah April 15, 2013 at 3:30 pm

Tak tau pun ada Muzium coklat ni kat KL,,Thnx for sharing :)

Reply

4 Denaihati April 15, 2013 at 5:15 pm

besar juga ni, ambil 1jam pusing2 dan shoping. mesti puashati dan rambang mata borong coklat kat sini.

Reply

5 admin April 16, 2013 at 6:57 am

taklah besar sangat, banyak spend masa baca bahan pameran..

Reply

6 titan May 2, 2013 at 7:31 pm

nak cikit cokelat tu..
titan recently posted…Contest Review Tak Terkalah.My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: