Pelancongan Pilihan Dunia Tahun 2012: Pelancongan di Malaysia Tersenarai Dalam Top 10?

by Admin Cuti Malaysia on January 11, 2013

in Berita

Bercuti di Paris

Kota romantis Paris

Syabas lagi sekali buat Malaysia kerana sekali lagi telah mendapat pengiktirafan dunia kerana tersenarai di tempat ke-9 sebagai destinasi pelancongan pilihan seluruh dunia bagi tahun 2012. Pengiktirafan oleh  United Nation World Trade Organisation (UNWTO)  ini adalah yang pertama kali digondol negara kita, sekaligus menempatkan negara kita sebagai satu-satunya negara dia Asia Tenggara yang mendapat pengikitirafan ini. Bukan calang juga Malaysia ni. Cuti Malaysia boleh berbangga jugalah dengan industri pelancongan Malaysia.

Pelancongan Malaysia Dalam Senarai Top 10

  1. Perancis
  2. Amerika Syarikat
  3. China
  4. Sepanyol
  5. Itali
  6. Turki
  7. United Kingdom
  8. Jerman
  9. MALAYSIA
  10. Mexico

Siapa sangka kan, Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara dunia lain untuk menggondol pengiktirafan ini. Sebelum ini pelancongan Malaysia juga telah mendapat beberapa pengiktiran atau berada dalam top ranking oleh beberapa agensi atau badan tertentu.

Pelancongan Malaysia di Taman Negara

Taman Negara Pahang

Beberapa negara yang tersenarai di atas memang ada tarikan tersendiri seperti Perancis yang mempunyai kota romantis Paris, Itali mempunyai tinggalan masyarakat Rom kebanyakkannya di Rome, United Kingdom dengan kota London dan banyak lagi. Dubai yang agresif mempromosikan sektor pelancongan negaranya pun belum mampu tersenarai. Mengejutkan juga Cuti Malaysia apabila negara jiran seperti Singapura dan Thailand menjadi buah mulut pelancong asing pun tidak tersenarai.

Kalau mengikut kajian Cuti Malaysia, Brazil akan menjadi tumpuan dunia termasuk sektor pelancongan apabila akan menganjurkan Piala Dunia dan sukan olimpik pada masa akan datang.

Gambar Brazil

Rio de Janeiro Brazil meningkat naik sebagai destinasi pelancongan

Anugerah Lain Pelancongan Malaysia

  1. Disenaraikan sebagai negara ke-2 pilihan pelancong Asia Pasifik sebagai destinasi pusat membeli belah oleh Forbes Magazine
  2. Pengiktirafan dari United Nation World Trade Organisation dalam Industri Pelancongan Luar Bandar (Homestay) (KLIK SINI)
  3. Kuala Lumpur mendapat tempat ke-4 (Top 10) ranking CNN sebagai Pusat Membeli Belah Terbaik Dunia (KLIK SINI)
  4. Malaysia sebagai Top 10 Destinasi Pilihan Pelancong MUSLIM dunia oleh Dinar Standard didalam kajian mereka – Global Muslim Lifestyle Travel Market

Kesemua anugerah dan pengiktirafan ini mengambil kira keistimewaan Malaysia dari segi adat dan kebudayaan, makanan tradisional dan moden yang halal dan mudah didapati, warisan pelbagai kaum yang masih lagi dimiliki hingga ke hari ini, pembangunan dan arus kemodenan serta keharmonian rakyat. Kesemua ini adalah faktor yang menaikkan industri pelancongan Malaysia.

Alhamdulillah kita sebagai rakyat Malaysia sedikit sebanyak pastinya ada menyumbang kepada pengiktirafan ini kan. Jom kita Cuti Cuti Malaysia..

{ 10 comments… read them below or add one }

1 Cikgu Syahir January 11, 2013 at 11:51 am

tahniah malaysia ada no. 9. korea tak ada list langsung. haha

Reply

2 djdanchef January 12, 2013 at 2:57 am

satu pencapaian yang membanggakan. Industri pelancongan amat penting pada negara

Reply

3 djdanchef January 13, 2013 at 6:19 pm

wah tahniah Malaysia.. Malaysia dapat juga pengiktirafan tertinggi berbanding negara jiran yang lain

Reply

4 x-po January 13, 2013 at 10:19 pm

nak gi jalan2 kat perancis la kalau camtu :D

Reply

5 Cikgu Syahir January 14, 2013 at 12:06 am

waaa. g jalan tempat yang no. 1 tu, cewah

Reply

6 Leez January 13, 2013 at 10:28 pm

Congrats Malaysia! Singapore pun kalah nampaknya yeay!

Reply

7 x-po January 13, 2013 at 10:29 pm

jom gi perancis leez

Reply

8 Cikgu Syahir January 14, 2013 at 12:07 am

leez suka nami island n jeju island di korea kan. hehe

Reply

9 djdanchef January 14, 2013 at 11:18 pm

hmm.. bangga malaysia dapat juga pengiktirafan berbanding negara jiran
(harap komen sy ni keluar)

Reply

10 Cikgu Syahir January 14, 2013 at 11:47 pm

ni komen keluar. saya pon bangga. mai la melawat kedah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: