Pengalaman Bercuti Di Istanbul Turki; Topkapi Palace Pelengkap Percutian Cuti Malaysia di Istanbul!!!

by Admin Cuti Malaysia on November 14, 2012

in Pakej Percutian

Pengalaman bercuti di Istanbul Turki

Pemandangan keseluruhan Topkapi Palace bersebelahan Selat Bosphorus

Topkapi (kena sebut Topkape) Palace memang diantara lambang kegemilangan empayar Islam Uthmaniyah yang menjadi kediaman dan pusat pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyah selama hampir 400 tahun. Memang best dan pengalaman bercuti di Istanbul Turki yang tidak boleh dilupakan; itu kalimah yang boleh Cuti Malaysia mampu ucapkan. Lokasinya memang walking distance dengan tempat menarik yang lain seperti Masjid Biru dan Haghia Sophia. Bayaran masuk yang dikenakan hanya 20 Turkish Lira (~RM 34). Ia adalah lokasi terakhir untuk Cuti Malaysia kongsi untuk ‘Pakej percutian di Istanbul, Turki’.

Lepas dah beli tiket Cuti Malaysia terus bergegas masuk Topkapi Palace. Memang tak sabar rasanya. Pintu pertama yang kami lalui adalah The Imperial Gate. Kat situ kawalan agak ketat juga. Barangan kena scan satu persatu. Bila fikirkan balik barangan yang ada di sini bernilai berbillion ringgit. Dari situ Cuti Malaysia menuju Gate of Salution melalui taman yang indah. Mengikut tourist guide kami (student Malaysia di Turki) ketika zaman dahulu jemputan kerajaan Islam dikehendaki turun dari pedati dan berjalan kaki ke istana kecuali mereka yang sakit. Dengan ini mereka akan lebih menikmati keindahan taman diantara dua pintu.

Bercuti di Istanbul membawa pengunjung mengenali keagungan Islam terutamanya zaman Kerajaan Utmaniyah.

Pengalaman bercuti di Istanbul

Pintu masuk utama ke Topkapi Palace. The Imperial Gate atau ‘Bab-i Humayun’

Pembinaan Topkapi Palace dimulakan ketika era Sultan Muhammad Al-Fatih lagi dan ketika zaman kegemilangannya pernah menempatkan lebih kurang 4 ribu orang. Mengalami beberapa kali pembaikan setelah mengalami gempa bumi dan kebakaran besar.

Barang-barang yang dipamerkan memang tak cukup satu hari kalau diteliti dan dibaca penerangan satu persatu. Masa yang diperuntukkan kepada kami hanya separuh hari tambahan pula Cuti Malaysia ada bawa anak kecil. Tahu jelah terkejar sana-sini. Ada tempat yang tak boleh bawa stroller ada tempat yang tak boleh ambil gambar.

Bercuti di Istanbul sambil mengenali sejarah keagungan Islam Kerajaan Uthmaniyah

Pengalaman bercuti di Topkapi Palace Istanbul

Pintu masuk kedua ke Istana. Gate of Salutation atau ‘Bab-us Salam’

Barang yang dipamerkan amat-amatlah berharga, bernilai, bermutu tinggi dan bersejarah. Tinggalan beberapa barang Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Lukisan-lukisan yang menceritakan kehidupan pemerintahan khalifah islam Uthmaniyah. Barangan diraja seperti baju, pedang, baju zirah (baju perang). Memang kagum. Tak boleh lupa sampai mewahnya mereka hinggakan dipamerkan kelambu dan langsir yang dijalin dengan benang emas dan kebanyakkan barangan dari emas padu dan batu permata termasuklah singgahsana hingga ke buaian. Ukiran senibina Islam dan keindahan marmar yang halus buatannya memang cukup mengasyikkan.

Di laluan taman inilah dikatakan jemputan kerajaan diarah turun pedati dan berjalan kaki untuk menikmati keindahan taman

Indah bahagian dalam Istana. Perhatikan ukiran halus pada mar-mar

Setiap Sultan ada mohornya aka signature tersendiri

 Topkapi Palace tempat yang mesti pergi apabila bercuti di Istanbul

Di sebelah belakang istana pula mengadap Selat Bosphorus. Memang mengasyikkan merehatkan badan di situ. Berdekatan pula ada restoran bagi yang berkeinginan. Cuti Malaysia hanya tunggu hidangan tengah hari kami yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Kalau ada peluang lagi nak pergi bercuti di Istanbul memang Cuti Malaysia tak akan teragak-agak nak bayar duit tiket utk masuk sekali lagi kat Topkapi Palace.. Kalau boleh pakej yang masuk Harem sekali (tambah 15 TL).

Bayangkan tempat ciptaan manusia yang begitu indah apatah lagi syurga yang ditawarkan kepada hambaNya di akhirat nanti yang tiada tolok bandingnya.

Topkapi Palace memang recommended! :) oleh Cuti Malaysia.

P/S: Walaupun banyak pengalaman menarik ketika bercuti di Istanbul Turki, Di Malaysia juga banyak tempay-tempat menarik untuk dilawati. Jangan lupa Cuti Cuti Malaysia.

 

 

{ 15 comments… read them below or add one }

1 titan November 22, 2012 at 7:55 pm

pehh..bilalah aku ada masa nak ke luar negara..apatah lagi nak gi turki..istanbul..

Reply

2 titan December 6, 2012 at 9:13 pm

bilalah aku dapat gi istanbul ni. tengok fiem istanbul aku datang, buat aku rasa nak pi sana lah plakk..

Reply

3 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 12:40 am

kita yang belum tengok filem tu pon dah rasa nak pi. huhu

Reply

4 x-po December 8, 2012 at 2:17 am

seronok bila tgk filem istanbul aku dtg hehe

Reply

5 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 12:38 am

tak pernah tengok lagi filem tu. huhu . asyik bz ja

Reply

6 Cikgu Syahir December 8, 2012 at 9:36 am

Nak pergi istanbul jugak la. Istana dia menarik. Dalam warna warni. Siap ada ukiran pada marmar. Kreatif sungguh

Reply

7 x-po December 8, 2012 at 8:09 pm

sy ni nk gi jln2 dlm negara pun payah nk lepas, apatah lg nk gi luar negara :(

Reply

8 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 1:21 am

Nanti bonus dah masuk leh pegi jalan-jalan. ni duk rumah pon best gak . dapat melancong secara maya hehe

Reply

9 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 1:25 am

Nanti dapat bonus leh la pegi. Sy pon duk umah je ni . Melancong secara maya :)

Reply

10 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 12:36 am

yang penting cuti-cuti malaysia dulu :)

Reply

11 admin December 8, 2012 at 10:59 pm

Istana Topkapi ni memang cantik..tempat yang wajib pergi kalau nak ke Istanbul

Reply

12 x-po December 9, 2012 at 12:10 am

berapa la ek anggaran kos nk pergi ke sana?

Reply

13 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 1:20 am

Nak kena kumpul duit slow nak g sana. Tak sabar ja rasa nak g Turki

Reply

14 AkmaOmar October 24, 2013 at 3:30 pm

Saya planning nak ke Istanbul dengan adik… Nampak menarik dan building architecture kat sana nampak etnik & klasik.
AkmaOmar recently posted…Saya Seorang Blogger Wanita MelayuMy Profile

Reply

15 Cikgu Syahir October 27, 2013 at 10:56 am

bestnya akma. nanti dah g sana update gambar dalam blog nah. saya hanya mampu melihat gambar
Cikgu Syahir recently posted…2750 JAWATAN KOSONG JURURAWAT DI SPAMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: