Percutian ke Sabah: 10 Senarai Tempat Menarik di Sabah?

by Admin Cuti Malaysia on April 1, 2013

in Tempat Menarik di Sabah

Destinasi percutian ke Sabah

Percutian ke Sabah adalah salah sebuah tempat percutian menarik di negara ini yang menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun luar negara.  Terdapat banyak destinasi pilihan menarik di Sabah yang harus anda terokai. Berikut ialah top 10 destinasi pelancongan tarikan pelancong yang memilih percutian ke Sabah.

Percutian ke Sabah – Senarai Top 10 Pilihan Pelancong

  1. Gunung Kinabalu
  2. Taman Negara Kinabalu
  3. Hot Spring di Poring
  4. Canopy Walk Way di Poring
  5. White Water Rafting di Sungai Padas
  6. Snorkelling (Island Hopping)
  7. Shopping di Filipina Market
  8. Orang Utan Sanctuary di Sepilok
  9. Tunku Abdul Rahman Marine Park di Kota Kinabalu 
  10. Rafflesia Centre di Tambunan

Senarai 1-7 di atas adalah antara destinasi jalan-jalan yang termasuk dalam pakej percutian ke Sabah yang Cuti Malaysia sertai dulu. Cuti Malaysia ambil pakej berkumpulan lebih kurang 20 orang. Jadi untuk pakej pelancongan selama lebih kurang seminggu hanya RM1,500 sahaja termasuk tambang kapal terbang (masa tu MAS), pemandu pelancong, bas, makan dan penginapan. Tempat penginapan kami pelbagai sepanjang seminggu menyertai pakej percutian ke Sabah dari yang bajet hingga ke 4 bintang bergantung pada itinerari.

Mendaki Gunung Kinabalu adalah satu bonus jika anda berkemampuan. Ikuti penglaman Cuti Malaysia menawan puncak Kinabalu di entri akan datang.

Percutian ke Gunung Kinabalu Sabah

Ramai yang keliru South Peak adalah puncak tertinggi

Dah alang-alang di Sabah, Cuti Malaysia juga tidak melepaskan peluang menongkah arus Sungai Padas dengan menyertai aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas. Ikuti juga review aktiviti Cuti Malaysia ber’ White WaterRafting’ semasa percutian ke Sabah di entri akan datang.

Percutian white water rafting di Sabah

Sungai Padas akan lebih mencabar selepas hujan

Sementara itu, pulau-pulau di Sabah juga adalah antara pusat peranginan yang cantik destinasi tumpuan pelancong. Terdapat 24 buah pulau dinegeri ini. Antara aktiviti popular ialah snorkelling dan diving melihat karangan laut seperti di Pulau Sipadan dan Pulau Manukan. Berikut ialah senarai pulau-pulau peranginan popular di Sabah;

Pulau – Pulau Percutian ke Sabah:

  1. Pulau Sipadan
  2. Pulau Manukan
  3. Pulau Mabul
  4. Pulau Sapi
  5. Pulau Kapalai
  6. Pulau Mataking
  7. Pulau Pom-pom
  8. Pulau Tiga
  9. Pulau Mantanani
  10. Pulau Mengalum
  11. Pulau Selingan

Memang rasa sangat heaven kalau dapat pergi semua pulau tu. Setakat ni Cuti Malaysia pernah pergi Pulau Manukan saja hehe. Memang best sangat snorkeling di pantai pulau Manukan.

Percutian ke Pulau Manukan Sabah

First time nampak ikan-ikan cantik dan dikerumuni ikan berwarna warni. Harga tiket pergi Pulau Manukan termasuk tax, dalam RM30 sahaja. Tidak termasuk sewa alat snorkeling, harga sewanya RM10 sahaja. Tapi memang rasa puas hati berbaloi-baloi walaupun sunburn huhu.

Pendek kata  pengalaman Cuti Malaysia semasa percutian ke Sabah adalah antara saat paling best. Disamping itu, shopping di Filipina  Market juga sangat menarik, mutiara lah yang menjadi tumpuan disamping beberapa kraf yang lain.

Percutian ke Hot Spring Sabah

Aktiviti lain seperti bermandi manda di Hot Spring, Canopy Walk Way dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah adalah lebih santai. Tapi semua tempat yang dilawati tu memang menyeronokkan. Keseluruhannya percutian ke Sabah memang sangat-sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi.

Cuti Malaysia memang rekomen anda semua ber Cuti Cuti Malaysia ke Sabah!

{ 17 comments… read them below or add one }

1 titan April 1, 2013 at 4:18 pm

kalau gi sabah..rugi tak naik gunung kinabalu maa..

Reply

2 admin April 2, 2013 at 11:10 am

betul…betul..

Reply

3 titan May 11, 2013 at 7:22 pm

lu sudah naik kah admin? hehe
titan recently posted…Putih-putih melati – Mr Bie ft. Adik C (Parodi)My Profile

Reply

4 admin May 12, 2013 at 12:26 am

Setakat ni dah 2 kali dah sampai puncak..

Reply

5 titan May 12, 2013 at 9:19 pm

hoho..manyak hebat.
titan recently posted…Attack On Titan – Shingeki no KyojinMy Profile

Reply

6 admin May 14, 2013 at 12:25 am

dulu..time muda mudi hehe, sekarang suruh naik lagi pancit daa

7 titan August 30, 2013 at 6:59 pm

teringat makan meggi kat laban rata dan gunting lagadan. Memang best ahh
titan recently posted…Kenapa gua angkat kereta Proton?My Profile

8 loganathan May 12, 2013 at 11:51 pm

tuan,
boleh saya dapatkan pakej untuk 5 hari/ 4 malam.

Reply

9 admin May 14, 2013 at 12:23 am

Hi Loganathan, ok bagi masa sikit, nanti Cuti Malaysia get back to you.

Reply

10 Mohd.Khairul September 3, 2013 at 4:57 pm

Tuan,
boleh saya dapatkan pakej untuk
1) 5 hari / 4 malam
2) 4 hari / 3 malam
mohon pakej yang santai. Anggaran untuk 20 orang berapa?

Reply

11 Solehah September 28, 2013 at 12:40 pm

Saya dah pergi KK & Kundasang pada 5/9/13, dah jatuh cinta kat Kundasang.
12/1/2014 nak pergi lagi, kali ni pergi KK / Kundasang / Sandakan….

Reply

12 Solehah September 28, 2013 at 12:41 pm

Admin! ada transport tak? 5H4M – KK / Kundasang / Sandakan

Reply

13 ohcikgu September 28, 2013 at 4:51 pm

rafflesia centere kat tambunan tak pergi lagi.

kalau gi sana nanti, teringin nak pergi.
ohcikgu recently posted…Bini pemain bola sepak terkenal sudah minta maaf.My Profile

Reply

14 Cikgu Syahir September 29, 2013 at 3:39 pm

banyaknya pulau di sini. kena pilih mana 1 nak pergi
Cikgu Syahir recently posted…Gempa bumi di Kupang, KedahMy Profile

Reply

15 titan October 4, 2013 at 7:13 pm

tak payah pilih. gi aje semua. haha..
titan recently posted…Kontes Review Klinik CintaMy Profile

Reply

16 Cikgu Syahir October 13, 2013 at 2:11 pm

kalau duit tebal leh pegi jek semua :)
Cikgu Syahir recently posted…2750 JAWATAN KOSONG JURURAWAT DI SPAMy Profile

Reply

17 AkmaOmar October 24, 2013 at 3:34 pm

Seumur hidup saya tak pernah sampai ke Sabah lagi…kawan sabah punya ramai… teruk kan hehe…
AkmaOmar recently posted…Seminar Inspirasi & Formula Usahawan (SIFU) 7 Mentor, 7 IndustriMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: