Percutian di Melaka: Masih Adakah Kesan Tinggalan Sejarah Selepas 500 Tahun??

by Admin Cuti Malaysia on April 22, 2013

in Tempat Menarik di Melaka

Percutian di A Famosa Melaka

Kata orang ‘Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia’. Ungkapan ringkas ini memberi gambaran mendalam apa yang dapat disajikan kepada pelancong yang datang melawat Melaka. Terdapat pelbagai tempat menarik jika anda merancang percutian ke Melaka. Tidak hairanlah jika di Malaysia ni, percutian di Melaka di carta top 10 destinasi paling popular dikalangan pelancong dalam dan luar negara.

Percutian di Banda Hilir Melaka

Negeri bekas jajahan Portugis, Belanda dan Inggeris ini terkenal dengan  keunikan sejarah dan warisan budayanya yang berusia lebih 500 tahun hingga ianya dinobatkan sebagai “Melaka Bandaraya Warisan Dunia’ oleh UNESCO (2008). Jom tinjau senarai tempat menarik percutian di Melaka. Tempat-tempat menarik ni, ada yang Cuti Malaysia pernah jejak dan ada yang belum sempat lagi.

Antara Tempat Menarik Percutian di Melaka;

Tempat bersejarah di Melaka

  1. Bangunan A Famosa
  2. Bangunan Stadhuys
  3. Jonker Walk
  4. Kota St John
  5. Perigi Hang Tuah
  6. Perigi Hang Li Po
  7. Makam Hang Tuah
  8. Makam Hang Jebat
  9. Makam Hang Li Po
  10. Makam Tun Teja
  11. Istana Kesultanan Melayu Melaka
  12. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Tempat Menarik di Melaka:

  1. Taman Tema Air A Famosa
  2. Taman Tema Air Melaka Wonderland
  3. Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN
  4. Zoo Melaka
  5. Taman Burung Melaka
  6. Taman Rama-Rama
  7. Hutan Rekreasi Ayer Keroh
  8. Taman Buaya
  9. Dataran Sejarah
  10. Taman Budaya Melaka
  11. Taman Ular & Reptilia
  12. Muzium Orang Asli
  13. Menara Taming Sari
  14. Dataran Pahlawan
  15. Dataran Bandaraya
  16. Taman Rekreasi & Air Terjun Gunung Ledang, Asahan
  17. Tanjung Bidara

Tempat-tempat percutian di Melaka yang Cuti Malaysia senaraikan ni belum termasuk muzium lagi. Muzium jer dah banyak. Cuti Malaysia senaraikan ini antara yang popular.

Percutian di Muzium Melaka

Tempat Menarik Percutian di Melaka: Muzium Sejarah.

  1. Galeri Laksamana Cheng Ho
  2. Muzium Tuan Terutama
  3. Muzium Islam Melaka
  4. Muzium Pemerintahan Demokrasi
  5. Muzium Samudera
  6. Muzium Warisan  Baba Nyonya
  7. Galeri Layang-layang
  8. Muzium Adat Istiadat
  9. Muzium Sejarah dan Ethnografi
  10. Muzium Rakyat

Percutian di Stadhuys Melaka

Memang banyak lagi jika nak senarai yang tempat kecil-kecil tu contohnya pantai dan perkampungan contoh; juga antara tempat menarik percutian di Melaka untuk dikunjungi bagi mengenali budaya masyarakat negeri ini.

Percutian di Taman Mini Malaysia Melaka

Selain itu Melaka bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat menarik, ia juga mempunyai trademarknya tersendiri melalui makanan tradisional seperti gula melaka, inang, dodol, belacan, cencalok dan masakan yang paling popular, Asam Pedas Melaka.

Melaka yang hanya 1.5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur menjadikan Melaka bukan setakat destinasi pelancong malahan sebagai destinasi santai hujung minggu warga KL. Penginapan pula tak jadi masalah di Melaka ni. Nak senang pilih di sini, boleh dikatakan semua senarai penginapan di Melaka ada di sini. Nak try homestay di Melaka boleh cuba di sini. Tapi kena tempah awal tau, lambat sikit penuh, terutama di hari hujung minggu dan musim cuti.

Memang banyak lokasi menarik untuk bercuti di Malaysia. Jom Cuti Cuti Malaysia di Melaka :)

{ 16 comments… read them below or add one }

1 Sue Anne April 22, 2013 at 10:24 am

Ehh bila dah buat senarai camni bnyk pulak tempat jln2 kat melaka ni ye..

Reply

2 Jannah April 22, 2013 at 11:05 am

Anak-anak setiap kali cuti sekolah mesti ajak pi A Famosa resort theme park tu. dah alang2 pegi tu mesti rata juga jalan kat melaka tu..cuma satu jer, Melaka ni agak jem sekarang..bnyk sgt traffic light, start kuar tol ayer keroh tu sampai ler ke town..

Reply

3 JomJalan April 30, 2013 at 10:39 am

Saya tak ingat satu makam saya pergi di tengah Melaka yg ada di kawasan Jonker Walk — makam Hang Tuah atau Hang Kasturi. Tapi sedih tengok. Sampah di sana-sini.

Tapi itu 5-6 tahun lepas. Mungkin sekarang dah lebih baik.
JomJalan recently posted…5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut TahuMy Profile

Reply

4 admin April 30, 2013 at 11:56 pm

Melaka ok dah sekarang, salah satu bandaraya cantik kat M’sia..

Reply

5 akubiomed May 1, 2013 at 12:26 am

Banyak tempat bersejarah yang menarik boleh dilawati. Difahamkan ada beberapa bangunan didalam proses pengubahsuaian untuk keselesaan pengunjung.
akubiomed recently posted…Filem Iron Man 3 sekuel terakhirMy Profile

Reply

6 admin May 1, 2013 at 12:44 am

…yer betul, tempat menarik terbaru Taman Burung Melaka, dikatakan yg terbesr di Asa Tenggara..

Reply

7 bukit gambang May 4, 2013 at 12:02 pm

banyak jugak tempat menarik kat melaka ni, boleh lah cuti g sana nih..

Reply

8 budak brunei negara jiran May 5, 2013 at 5:03 pm

Waahhh…mcm best aje..rasanya nk pi melaka jugk ne,Plan bln jun ne nk pergi KL ne kesempatan bgi sya nk pi Melaka 1st tyme ne..asyik2 pi KL aje sekali-sekala nk jgk pi Melaka. Banyk sejarah..

Reply

9 admin May 5, 2013 at 11:02 pm

Mesti kena singgah Melaka. Stay sehari dua. Negeri pelancongan. Lagipun dekat je dengan KL..

Reply

10 AyangReena May 13, 2013 at 10:12 am

Assalamualaikum…..saya ni minat dan teruja sangat2 nak pi melaka…..last pi sana tahun 1996….terlalu byk perubahan yg berlaku di melaka….bonda dan adik saya pi melaka bln april 2013 ari tu byk dah tempat2 baru….so insya allah tahun depan bulan mac 2014 saya akan bawa all my family stay at melaka untuk 4 hari 3 malam….salam dari kejauhan anak watan Bumi BRUNEI DARUSSALAM…..

Reply

11 admin May 14, 2013 at 12:21 am

Waalaikumussalam..Melaka sekarang dah makin best macam macam tempat jalan menarik ada, memang berbaloi kalau nak bercuti ke sini..

Reply

12 fifiy May 13, 2013 at 4:43 pm

hari tu bercuti kat melaka tapi tak sempat menjejakkan kaki ke A famosa ni. huhu. ngeeeee :)
fifiy recently posted…HUJAN TERSANGAT LEBAT DIIRINGI ANGIN KENCANGMy Profile

Reply

13 admin May 14, 2013 at 12:28 am

Next time datang Melaka mesti singgah yer. A Famosa ni ikon negeri Melaka..

Reply

14 Hafizul May 14, 2013 at 11:22 am

Pernah ke melaka satu ketika dahulu..masa rombongan sekolah rendah kot..itulah kali pertama saya jejak kaki ke melaka..hehe
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 13 Dari JobdirumahMy Profile

Reply

15 admin May 15, 2013 at 12:03 am

Melaka memang destinasi pilihan rombongan sekolah sebab banyak tempat menarik boleh lawat..

Reply

16 baiebaayah June 11, 2013 at 2:22 pm

Melaka memang best, banyak tempat boleh dilawati. Nak pusing bandar Melaka naik duck tour pun boleh, Boleh naik dari Menara Taming Sari. Tapi harga mahal sikit. Tengok view Melaka dari Menara Taming Sari pun cantik. Siapa yang dah lama tak pergi Melaka tu, bolehlah jalan ke Melaka sekarang. Banyak pembangunan. Serius tak rugi!
baiebaayah recently posted…PUISI : TEMAN TERBAIKMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: