Pulau Pulau di Malaysia Pukau Pelancong Dunia?? Ranking Pulau Tercantik di Malaysia; Anda Setuju?

by Admin Cuti Malaysia on April 29, 2013

in Berita

Pulau Perhentian Malaysia

Malaysia memang kaya dengan tempat pelancongan menarik dan cantik. Daripada tempat bersejarah, tempat shopping, tempat makan hinggalah ke pulau pulaunya yang cantik memukau. Menurut statistik antara faktor yang menggamit kemasukan pelancong ke negara kita  ialah kecantikan pulau pulau di Malaysia yang setanding dengan pulau pulau tercantik lain di dunia.

Yang menarik lagi kebanyakan pulau pulau di Malaysia ini ada yang diberi gelaran oleh pelancong-pelancong asing ini. Antara lain Pulau Langkawi digelar ‘Island of Luxury’, Pulau Redang sebagai ‘Spot for Summer Holiday’, Pulau Perhentian sebagai ‘Hippie Hideaway’, Pulau Pinang sebagai ‘Island of Food and Heritage’ dan Pulau Sipadan sebagai ‘Island for Divers’. Ini antaranya.. Mungkin ada lagi yang kita tak perasan.

Pulau Redang tercantik di Malaysia

Terdapat lebih 200 pulau pulau di Malaysia ada yang popular dan ada yang kurang dikomersialkan. Banyak ni, pelancong luar siap buat ranking lagi destinasi pilihan Pulau Pulau di Malaysia kita. Mari kita ikuti ranking terkini Pulau-Pulau di Malaysia menurut CNN Travel dan Trip Advisor;

Top 10 Ranking Pulau Pulau di Malaysia;

  1. Pulau Langkawi
  2. Pulau Perhentian
  3. Pulau Redang
  4. Pulau Tioman
  5. Pulau Sipadan
  6. Pulau Kapas
  7. Pulau Mabul
  8. Pulau Pinang
  9. Pulau Layang Layang
  10. Pulau Pangkor

Layan dulu gambar gambar cantik pulau pulau di Malaysia di bawah ini.

Gambar Pulau Pulau di Malaysia

Pulau Kapas, Terengganu

Picture 1 of 6

Ranking ini dari pemerhatian pelancong luar ke negara kita. Adakah anda setuju dengan pendapat mereka ini? Tak setuju?? Luahkan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

p/s: Cuti Malaysia sangat bersetuju dengan Pulau Langkawi berada di tempat atas sekali, di Langkawi sahaja ada lebih kurang 90 lebih pulau-pulau kecil yang cantik.

{ 14 comments… read them below or add one }

1 titan May 2, 2013 at 7:15 pm

gua setuju. tanpa batasan.
titan recently posted…Contest Review Tak Terkalah.My Profile

Reply

2 admin May 3, 2013 at 11:27 pm

100% hehe

Reply

3 Along May 3, 2013 at 12:55 pm

Yang pernah pi setakat ne pulau pinang, ermm. Teringin nak pi pulau lain.
Along recently posted…Cerita LawakMy Profile

Reply

4 admin May 3, 2013 at 11:25 pm

eh dah dekat tu Pulau Pinang ngan Pulau Langkawi Along..

Reply

5 Zita May 3, 2013 at 2:31 pm

Pulau Langkawi memang pulau tercantik.Kisah lagenda dan keindahan alam semulajadi menggamit sesiapa sahaja.

Reply

6 admin May 3, 2013 at 11:26 pm

saya like like like Langkawi :)

Reply

7 titan May 11, 2013 at 7:18 pm

pulau pangkor pun cantik gak.
titan recently posted…Putih-putih melati – Mr Bie ft. Adik C (Parodi)My Profile

Reply

8 admin May 12, 2013 at 12:28 am

cantik tapi rasa sekarang dah kurang sikit la..

Reply

9 titan May 12, 2013 at 9:20 pm

yela..dah ramai sangat orang datang. hoho
titan recently posted…Attack On Titan – Shingeki no KyojinMy Profile

Reply

10 Hafidz May 4, 2013 at 10:21 am

Bila lah boleh completekan percutian ke semua pulau ni. Kerajaan kena kekalkan anugerah keindahan yang tuhan bagi..

Reply

11 bukit gambang May 4, 2013 at 12:00 pm

teringin nak gi langkawi..

Reply

12 admin May 8, 2013 at 11:44 am

Jom..jom..

Reply

13 Hafizul May 14, 2013 at 11:19 am

Dalam banyak-banyak pulau yang tersenari, tak pernah singgah satu pun lagi,..hehe..
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 13 Dari JobdirumahMy Profile

Reply

14 Asyrof - Blogger Tanah Arab June 11, 2013 at 9:05 pm

Asyrof LIKE semua sekali.

Memang tamak sikit.

Biasalah .. im traveler. ;)
Asyrof – Blogger Tanah Arab recently posted…Musim Exam, Sakit dan TesisMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: