Shopping di Bandung Indonesia; 5 Destinasi Factory Outlet Pilihan CutiMalaysia!!

by Admin Cuti Malaysia on November 4, 2012

in Tempat Menarik di Indonesia

pasa baru bandung indonesia

Pasar Baru Bandung

Rentetan percutian di Bandung Indonesia, Cuti Malaysia cuba merangkumkan tempat-tempat shopping yang best dan mesti pergi. Di Bandung ada dikatakan puluhan factory outlet dan untuk belek satu persatu mungkin makan masa berminggu. Ada beberapa jalan di Bandung yang menghimpunkan deretan factory outlet sebelah meyebelah dan memudahkan pengunjung datang seperti  Jalan Dago, Jalan Riau , Chimpelas. Tempat lain seperti Rumah Mode dan Toko Tiga adalah destinasi shopping yang tidak boleh dilepaskan juga. Tentang penginapan pula cuba tengok hotel di sini mana yang sesuai.

Mari kita tengok review beberapa tempat shopping yang Cuti Malaysia sempat singgah

Pasar Baru di Bandung Indonesia

Ruang dalam Pasar Baru yang sentiasa sesak

Bazar 7 tingkat menawarkan segala barangan yang ada di Jalan Masjid India dan sekitarnya seperti kain ela, baju sulam, kain sulam, telekung, jubah, kain batik dan macam-macam lagi pada harga yang lebih murah. Apa yang penting kena pandai menawar. Kalau tidak sama saja harga di Malaysia. Sebagai perbandingan harga telekung Jepun sulam tangan (sulam goyang) lebih kurang Rp200k dan sulam mesin Rp160-180k. Kalau diikutkan di Malaysia lebih kurang RM120-140. Kalau telekung jenis lain yang comel-comel serendah Rp30k pun ada.

Kain-kain ela dan jubah yang cantik-cantik pun boleh dapat dengan harga yang murah. Cuti Malaysia dapat lihat ramai orang Malaysia yang ke Pasar Baru (Bandung Indonesia( memborong barang di sana untuk dibawa balik mungkin untuk tujuan perniagaan. Lagi satu sesiapa yang nak tempah suit boleh dibuat disini dengan harga yang murah. Suit akan disiapkankan dalam masa 1-2 hari dan akan dihantar terus ke hotel. Memang kelasss..

Dinasihatkan juga disini transaksi jangan guna kad kredit kerana ada dengar kes kena copy. Tak tahulah kebenaran cerita tapi Cuti Malaysia ambil sahaja langkah berhati-hati. Selain shopping barang-barang kalau nak makan pun ada restoran berhampiran. Hasil shopping separuh hari di Pasar Baru Cuti Malaysia beli bertelekung-telekung, kain berela-ela, cadar, tuala, baju Bandung untuk kids dan kopiah bandung (sulam tangan ~ RM 5 sahaja).  Nasib baik adalah khidmat tourist guide yang ditawarkan percuma oleh pak supir (tapi bagi jugala tips) untuk tolong angkat-angkat barang, tolong control kids dan yang paling penting save masa shopping. Cuti Malaysia memang recommend untuk ke sini.

Factory Outlet di Jalan Riau (Bandung Indonesia)

bandung indonesia

Heritage Factory Outlet Bandung

Apa yang boleh Cuti Malaysia katakan sesiapa yang nak merasa pakai baju brand Burberry,Versace, Armani, Calvin Klein, Dior, Channel dan macam lagi Bandung Indonesia adalah tempatnya. Antara outlet yang best-best kat sini seperti Heritage, The Oasis, Mr Bean, Summit, Lily & Rose, The Secret, Cascade dan banyak lagi. Kedainya memang sebelah menyebelah; jalan kaki sahaja.

Apa yang menarik di sini setiap outlet dihias dengan indoor garden dan kadangkala ada fountain dan waterfall. Bangku-bangku rehat juga banyak disediakan senang gili-gilir jaga anak.. hehe. Berbeza dengan Pasar Baru harga di sini adalah tetap. Kalau sesiapa yang ada masa bolehlah masuk ke setiap outlet untuk lihat sendiri tetapi sesiapa yang ada kekangan masa dan anak-anak kecil beri sahaja keutamaan pada Heritage dan Secret atau bemula sahaja hari shopping anda di Heritage kerana pakaiannya yang nampak lebih segak dan cantik.

Di Jalan Riau selain dari factory outlet terdapat juga barangan kulit yang dijual di Terminal Tas. Pilih sahaja mana yang berkenan. Berdekatan dengan factory outlet terdapat restoran yang recommended dari Cuti Malaysia ‘Kedai Belacan’. Memang best betul di Bandung Indonesia ni lepas shopping makan pula.

Playground dalam Anakecil

Picture 1 of 21

Factory Outlet di Jalan Dago

Di Jalan Dago pun tak kurang kalah factory outletnya. Di sini ada Grande Fashion Gallery Outlet , Victoria, Glamour, Episode, Jetset, Blossom, Raffles City dan House of Donatello. Di factory outlet Grande contohnya ada dijual baju Hard Rock Café dari merata tempat. Kalau nak di bandingkan dengan Jalan Riau, outlet disini kurang eklusif dan kena lebih hati-hati dengan kualiti bajunya. Tapi kalau harganya murah dan untuk pakai belasahan apa salahnya.

Rumah Mode

shopping bandung indonesia

Dalam banyak-banyak factory outlet ini yang paling eklusif, banyak pilihan dan menawarkan pilihan dari baby hingga ke orang dewasa. Barang mainan kanak-kanak pun ada. Pakaiannya pun lebih kualiti. Sediakan saja duitnya kerana rambang mata nak memilih. Hiasan luaran taman, kolam ikan, restoran berdekatan hingga ke tandas semuanya direka supaya nampak elegan dan berprestij. Cuti Malaysia memang recommend untuk ke sini dan kalau Bandung Indonesia sinonim dengan factory outlet; Rumah Mode lah tempatnya.

Toko Tiga

Ini pula surga untuk penggemar jeans terutamanya jean Levis. Harganya memang lebih murah sekalipun nak dibandingkan dengan factory outlet Levis kat KL. Harga 505 lebih kurang RM 100 dan 512 yang discontinue dijual lebih kurang RM 120. 501 pun ada tapi survey pula harganya. Untuk khidmat “alter” jeans anda hanya perlu tambah Rp10k sahaja (RM 3 lebih.. mana nak dapat). Ruangan menunggu pun ada disediakan. Cuti Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menambah koleksi jeans.

Butik Polo Ralph Lauren 

Butik ekslusif di Bandung Indonesia ini dijamin ketulenannya kerana mendapat lesen daripada Ralph Lauren sendiri. Masa Cuti Malaysia sampai ada pula potongan harga 50%. Harga kemeja pejabat kalau di KL berharga lebih RM 400 hanya dijual Rp300k ~ RM100 sahaja di sini. Memang best.

Anakecil 

Sesiapa yang nak shopping barangan budak-budak di sinilah tempat yang Cuti Malaysia cadangkan. Cantik-cantik bajunya. Memang banyak pilihan.. macam-macam ada. Kalau baju yang berjenama sikit dan lebih eklusif berharga RM 30 kalau tidak kurang daripada itu lagi.

Keseluruhannya Cuti Malaysia memang setuju yang Bandung Indonesia adalah antara destinasi shopping yang best di rantau ini. Kalau Cuti Malaysia diberi pilihan untuk hanya pergi ke 5 tempat shopping di Bandung Indonesia, Cuti Malaysia akan memilih Pasar Baru, Rumah Mode, Toko Tiga, Butik Polo Ralph Lauren dan Anakecil. Pilihan anda bagaimana pula…

{ 25 comments… read them below or add one }

1 Cikgu Syahir December 9, 2012 at 3:09 am

besarnya pasar baru trade center, kalau g bandung ni la target pertama saya :)

Reply

2 Mat Yo December 11, 2012 at 10:04 am

Time cuti sekolah mesti ramai yang ke Bandung.. kena tunggu ada promosi tiket kapal terbang. Dengar cerita memang best pergi Bandung ni.

Reply

3 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 12:08 pm

banyak pakej ke bandung ni. dunia membeli belah :)

Reply

4 ainun January 31, 2013 at 11:48 pm

memang tak hengat dunia kalau dah shopping..haha(kite le tu)

Reply

5 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 11:58 pm

kena ingat dunia jugak . kang duit habis tak sedar

Reply

6 Mat yo December 18, 2012 at 10:22 pm

Cuti sekolah atau musim sebelum orang kahwin penuhla Bandung..

Reply

7 Cikgu Syahir December 19, 2012 at 2:21 pm

ramai yang suka tempat macam ni. macam2 ada

Reply

8 ainun January 31, 2013 at 11:50 pm

memang betul kata mat yo… sedara sy pun shopping brg2 kawin kat sana…

Reply

9 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 11:59 pm

banyak barang kahwin ker kat sana???

Reply

10 ainun February 1, 2013 at 12:03 am

memang banyak dan puas hati… tp kena pandai memilih esp fabrik

11 titan December 19, 2012 at 8:50 pm

serius, memang teringin nak pergi bandung ni.

Reply

12 Cikgu Syahir December 20, 2012 at 12:33 am

saya pon teringin tapi masih takut nak ke indon. faktor keselamatan :(

Reply

13 admin December 20, 2012 at 8:44 am

Ok je takde apa yang ditakut di sana. Memang selamat. Orang di Bandung budi bahasanya tinggi.

Reply

14 Cikgu Syahir December 20, 2012 at 8:57 am

bagus la macam tu. baru rasa yakin sket admin kata mcm tu

Reply

15 ainun January 31, 2013 at 11:49 pm

ok je kat sana… tak rasa takut pun… macam tempat kita juga

16 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:00 am

yaka?? semua muka nak sama gak .satu rumpun kan

17 ainun January 31, 2013 at 11:47 pm

bandung dah jadi macam Malaysia kedua… sbb senang nak shopping sana… sambil makan angin

Reply

18 ainun January 31, 2013 at 11:51 pm

tapi kalau nak honeymoon…jgn pi sana… bahaya! haha kecuali wife yg x suka shopping…

Reply

19 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 11:57 pm

semua wife suka shopping haha

Reply

20 ogy March 25, 2013 at 3:11 pm

akhir bln 4 ni akan pergi lg sekali..saya nak tambah sikit..FO di kat Bali Heaven pun terbaik..baju bdk2..jeans pun cantik2..tmpt mkn pun ada disitu..

Reply

21 admin March 25, 2013 at 3:31 pm

Wahh Ogy bestnya ada peluang ke sana lagi..boleh borong kain n baju untuk raya thn nie. :)

Reply

22 Amsyahril August 30, 2013 at 12:25 pm

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Reply

23 nizam September 17, 2013 at 11:14 pm

dekat mana lokasi butik ralph lauren di bandung?

Reply

24 Admin Cuti Malaysia September 17, 2013 at 11:35 pm

Ingat2 lupa. Rasanya pengakhiran Jalan Dr Setiabudi. Sebab on the way balik dari Kg Daun ke Bandung City. Ingat2 lupa. Sila betulkan kalau silap..

Reply

25 ohcikgu September 28, 2013 at 6:48 pm

bilalah ada peluang nak gi ke bandung plak.

cuti aje..banyakkk kerjaaaaa…kena buat. :(
ohcikgu recently posted…Bini pemain bola sepak terkenal sudah minta maaf.My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: