Gambar Taman Botani Putrajaya: Destinasi Santai Untuk Pelbagai Aktiviti!!

by Admin Cuti Malaysia on December 7, 2012

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya adalah salah satu destinasi santai untuk bersiar-siar  satu famili. Ia terletak di Putrajaya, Precint 1. Taman ini diilhamkan oleh Perbadanan Putrajaya dan mempunyai keluasan lebih kurang 92 hektar. Luasnya ni, tak hairanlah jika taman ini dinobatkan sebagai Taman Botani terbesar di Malaysia.

Pintu Masuk Taman Botani Putrajaya

Pintu Masuk

Taman Botani Terbesar di Malaysia

Terdapat pelbagai species pokok termasuk bunga, paku pakis, bamboo dan pelbagai tanaman yang originnya dari Malaysia, rantau Asia dan Afrika. Jika anda gemarkan tanaman tropika, taman botani ini pasti dikunjungi lagi. Anda mesti datang ke sini untuk melihat sendiri keindahan Canna WalkHeliconia WalkFern GardenAfrican CollectionTropical America CollectionBougainvilla Tunnel.

Kanopi Walk di Taman Botani

Heliconia Walk

OK, selain menyaksikan  pelbagai jenis dan warna tumbuh-tumbuhan tropikal di sini, terdapat pelbagai aktiviti  riadah yang anda boleh rancangkan di sini seperti berbasikal , jogging, trekking, aktiviti air seperti kayak dan bot, dan berkelah. Terdapat juga jeti berhampiran untuk aktiviti Putrajaya Cruise.

Yang lagi best, baru-baru ini masa CutiMalaysia ke sana, ada yang buat Majlis Resepsi Perkahwinan di sini tau! Something special ok. Tidak terhad untuk majlis perkahwinan, Hari Keluarga, Sukaneka dan Majlis Harijadi juga sesuai diadakan di sini. Jika anda berminat, boleh hubungi Perbadanan Putrajaya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat. Selain dari taman flora, di sini juga terdaat sebuah replika perkampungan Morocco yang diilhamkan oleh YB Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi PM Malaysia bagi mengukuhkan lagi hubungan kerajaan Malaysia dan Morocco.

KLIK SINI: Keunikan Senibina Morroco di Moroccan Pavillion Putrajaya

CutiMalaysia loves this place, tenang, pemandangan tasik buatan yang sangat cantik, santai, dan sesuai untuk kids berlari bebas. Ni beberapa pics pemandangan cantik Putrajaya yang anda boleh saksikan dari sini..Memang begitu mengujakan.

Aktiviti Taman Botani

Picture 1 of 10

Meriah! Majlis resepsi perkahwinan

Leka memerhatikan ikan di dalam tasik..

Banyaknya ikan!! Untuk menyeronokkan kids, jangan lupa bawa makanan ikan atau roti untuk diberi pada ikan. Berebut-rebut ikan-ikan menyambar makanan..

Memang setiap kali CutiMalaysia ke sini, selain dari dapat menikmati keindahan alam, flora dan pemandangan yang cantik, kami sentiasa terhibur melihat gelagat my kids yang memang akan happy sangat-sangat.

Taman Botani Putrajaya hanya setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur

Jika anda berminat nak ke Taman Botani Putrajaya ni, anda boleh drive sendiri atau mengambil ERL  ke Putrajaya. Jika anda drive sendiri, jarak perjalanan adalah lebih kurang 25km dari Kuala Lumpur atau setengah jam (moderate traffic). Jika anda menggunakan perkhidmatan ERL, ambil destinasi ke Putrajaya, dan kemudian ambil Nadi Bas sahaja, mudah kan.

CutiMalaysia recommend taman botani ini untuk yang belum sampai, bila lagi?  Jom cuti cuti Malaysia. :)

Jika anda pernah ke sini atau ingin kesini boleh lah berkongsi soalan atau pengalaman menarik anda di ruangan komen dibawah ini.

 

{ 18 comments… read them below or add one }

1 Cikgu Syahir December 7, 2012 at 11:25 am

kawasan pemuliharaan ex-situ yang baik. Tempat strategik. Memang senang warga kota nak pegi :)

Reply

2 x-po December 7, 2012 at 2:05 pm

dah banyak kali dh gi putrajaya, tp tak pernah singgah sini, sbb tak minat bunga2 :D

Reply

3 Cikgu Syahir December 7, 2012 at 6:50 pm

Bukan pokok bunga ja ada. macam-macam lagi pokok ada. Tak kena masuk hutan dah. Pokok tu di tanam di taman botani . he2

Reply

4 x-po December 8, 2012 at 1:07 am

tak berapa nk minat kat tumbuhan. hehe

Reply

5 Cikgu Syahir December 10, 2012 at 3:23 pm

boleh pegi zoo negara. macam2 ada. he

Reply

6 x-po December 10, 2012 at 7:01 pm

dah pergi dlu masa kecik2 :D

7 djdanchef December 8, 2012 at 1:10 am

Taman botani ni wajib dipelihara dan dijaga, inilah harta berharga negara di masa hadapan

Reply

8 x-po December 8, 2012 at 1:15 am

ms tgh bujang ni, masih belum terasa nk gi jln2 kt tpt camni, tp bl dh kahwin nnt, mungkin akan gi. yela, dah ada org pmpn :D

Reply

9 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:08 am

cewah . bila kawen nanti jangan lupa jemput saya. saya tau cg hafizudin duk kelate. dekat ja tu.

Reply

10 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:04 am

inilah khazanah negara yang perlu dijaga supaya generasi akan datang kenal tumbuhan dan tumbuhan ni tidak pupus

Reply

11 titan December 9, 2012 at 6:57 am

ada masa memang nak pergi sini punya.

Reply

12 x-po December 9, 2012 at 12:09 pm

pergilah bro, nnt blh update kt blog plak :D

Reply

13 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:05 am

bila pegi snap gamba banyak2 tau. nek tengok . mesti cantik tempat ni

Reply

14 ainun December 10, 2012 at 3:50 pm

taman botani best round2 naik basikal bersama family

Reply

15 x-po December 10, 2012 at 7:03 pm

org pmpn mesti minat bab2 tumbuh-tumbuhan ni hehe

Reply

16 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 12:59 am

orang pompuan suka tanam pokok bunga. he2

Reply

17 Cikgu Syahir December 11, 2012 at 1:01 am

mesti la kena nek basikal. kalau nak jalan mesti makan masa setengah hari. luas ni

Reply

18 zeemarlina January 29, 2013 at 4:04 pm

ok sini..boleh beriadah ngan family..syok jugak

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: