Gambar Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur: Tumpuan Riadah Warga Ibu Kota!!

by Admin Cuti Malaysia on February 6, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Taman Tasik Perdana KL

Taman Tasik Perdana: Cuti Malaysia meluangkan masa hujung minggu bersantai dan rekreasi di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kalau sebelum ini kami hanya sempat ke Taman Burung Kuala Lumpur (KLIK SINI), pada kali ini, lawatan Cuti Malaysia lebih menyeluruh ke semua tempat menarik di Taman Tasik Perdana ni.

Taman Tasik Perdana  adalah sebuah taman tasik yang unik kerana terletak di tengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur dengan keluasan lebih kurang 92 hektar. Memang sudah lama juga taman ini wujud dan kadang kala warga kota terlepas pandang kewujudannya.

Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Tarikan Taman Tasik Perdana

  1. Taman Burung Kuala Lumpur
  2. Taman Rama Rama Kuala Lumpur
  3. Taman Rusa dan Kancil Kuala Lumpur
  4. Taman Orkid dan Bunga Raya
  5. Taman Oasis
  6. Taman Herba
  7. Memorial Tun Abd Razak
  8. Planetarium Negara
  9. Tugu Negara
  10. Taman Seni Asia

Hanya lawatan ke Taman Burung dan Taman Rama-Rama sahaja yang dikenakan bayaran mungkin untuk cover kos penyelenggaraan, sementara lawatan ke taman lain adalah percuma. Harga tiket adalah seperti berikut:

  1. Taman Burung Kuala Lumpur (RM30 dewasa / RM10 kanak-kanak)
  2. Taman Rama-rama Kuala Lumpur (RM10 dewasa / RM5 kanak-kanak)

Di sekeliling tasik ini juga disediakan jogging dan walking trek yang selesa bersuasanakan ketenangan dan keindahan lanskap bertemakan hutan tropika yang dijaga rapi oleh pihak DBKL. Terdapat juga Taman Permainan Kanak-kanak yang luas dan moden untuk kemudahan orang awam.

Taman Tasik Perdana Malaysia

Cuti Malaysia seperti kebiasaannya pagi-pagi dah sampai di Taman Tasik Perdana ni bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Selepas meletakkan kereta di Memorial Tun Abd Razak,  penjelajahan Taman Tasik Perdana dimulakan dengan melawat Taman Rusa dan Kancil. Nasib agak tidak baik kerana pada minggu ini, kerja naik taraf Taman Rusa dan Kancil sedang dijalankan dan taman ini ditutup sementara. Untuk jelajah Tasik Perdana ini, memang tak mampu rasanya nak berjalan kaki hehe.. Cuti Malaysia kemudiannya mengambil perkhidmatan tram dengan bayaran RM1 seorang bersiar-siar sekitar tasik yang berkeluasan 200 ekar ini. Kami berhenti di kawasan Taman Herba, Taman Oasis dan Taman Permainan meluangkan lebih masa di sini. Pemandangan memang superb, cantik, memukau dan heaven untuk fotographer.  Selepas lebih kurang setengah jam di sini,  trip diteruskan dengan tram  melawat ke Taman-taman lain di sini.

Lagi Gambar Taman Tasik Perdana

Memorial Tun Abd Razak di Taman Tasik Perdana

Picture 1 of 12

Keseluruhannya Cuti Malaysia memang rasa seronok berada di Taman Tasik Perdana dan Cuti Malaysia akan ke sini lagi untuk menjengah masuk ke Taman Rama-rama yang khabarnya adalah Taman Rama-Rama terbesar di dunia! Nantikan review dari Cuti Malaysia! :)

Jom cuti cuti Malaysia

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Emelia February 7, 2013 at 9:06 am

Dulu masuk kecil2 selalu datang sini. Tak Sangka dah jadi makin cantik macam ni. Bolehlah try beraktiviti kat sini

Reply

2 admin February 7, 2013 at 11:25 pm

Memang best berhujung minggu di sini. Macam-macam aktiviti boleh buat..

Reply

3 titan February 9, 2013 at 8:10 am

tengah cuti ni. leh la pergi berjalan lepas ni. haha..

Reply

4 djdanchef February 9, 2013 at 5:35 pm

raya cina cuti ni boleh bawa family ke sini

Reply

5 jobdirumahreview February 9, 2013 at 8:32 pm

wah, kalau ada peluang..memang nak datang sini. mesti best.

Reply

6 jobdirumah review February 13, 2013 at 7:45 pm

pusing KL ka admin ni? hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: