Tempat Makan Best di Warung Dusun Bangi: Sup Gearbox Paling Sedap di KL!!

by Admin Cuti Malaysia on March 28, 2013

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat Makan Best Warung Dusun Sup Gearbox Bangi

Tempat Makan Best: Warung Dusun Gearbox Bandar Baru Bangi. Kali ini Cuti Malaysia nak memperkenalkan satu lagi tempat makan best di Bangi. Terletak  berhampiran  dengan exit tol PLUS Kajang, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Restoran Warung Dusun Bangi ini menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur dan Selangor untuk menikmati hidangan makan malam istimewa Sup Gearbox. Restoran yang  diasaskan sejak tahun 1997 ini dibuka setiap hari bermula jam 6 petang hingga 1 pagi. Boleh dikatakan restoran ini sesak dengan pengunjung hampir setiap hari dan paling sibuk memanglah di hari hujung minggu. Selain Sup Gearbox yang menjadi specialty di Warung Dusun ini, ikan bakar , Otak-otak serta tomyamnya juga mantap!

Info Tempat Makan Best Pilihan;

Mula dibuka sejak 1997 lagi hingga kini

Lokasi: Seksyen 9, Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi, Selangor (Berhampiran exit tol PLUS Kajang-Bangi)

Waktu Operasi: 6petang – 1 pagi setiap hari

Special: Sup Gearbox, Ikan Bakar, Otak-otak, Tomyam

Sejak tahu kewujudan tempat makan best ni beberapa tahun lalu, Cuti Malaysia agak selalu jugalah ke sini. Bukan apa, suasana restoran memang best dengan gerai-gerai ikan bakar, tauhu bakar, serta otak-otak yang terletak di sebelah luar. Parking juga selesa di sini. Namun apa yang penting setiap kali makan di sini memang puas dan sedap serta puas hati dengan harganya yang murah berbanding kedai makan hidangan Seafood lain di Bangi ini.

Jika anda ke sini, cuba anda perhatikan setiap meja pasti ada semangkuk Sup Gearbox beserta sebatang straw untuk memudahkan pelanggan meminum kuah dari dalam tulang sumsum gearbox tu. Slrrpp…Antara review peminat Sup Gearbox mengatakan yang menghirup guna straw ini sampai rasa pening-pening lalat. Heh sedap sangat lah tu :)

Tempat Makan Best Sup Gearbox Bangi

Menu Tempat Makan Best: Warung Dusun Bangi

Menu disini tidak terhad kepada Sup Gearbox sahaja. Terdapat juga hidangan lauk pauk lain serta hidangan ala-carte aneka mee, mihun, koew tiow dan sebagainya. Bagi Cuti Malaysia pula, antara menu wajib jika Cuti Malaysia ke sini ialah Ikan Siakap Bakar dan Otak-otak disamping hidangan sampingan yang lain.

Tempat Makan Best Ikan Bakar

Siakap Bakarnya kan, tak kering, dan yang paling sedap ialah gravy yang melimpah ruah disamping kuah asam cicah yang begitu menaikkan selera. Otak-otaknya pula antara yang paling sedap setanding dengan Otak-Otak original dari Gelang Patah, di Johor.

Tempat Makan Best Otak Otak

Tak perlu cerita panjang, yang penting berkunjunglah ke sini untuk merasai sendiri kenikmatan Sup Gearbox, Ikan Bakar serta hidangan makan malam istimewa dari Warung Dusun, tempat makn best di Bangi ini. Highly recommended!

Alamat Warung Dusun Bangi;

Warung Dusun Gearbox Bangi

Seksyn 9, Persiaran Jaya

Bandar Baru Bangi.

{ 5 comments… read them below or add one }

1 titan March 28, 2013 at 12:46 pm

pehh..lama tak makan otak-otak nih..

Reply

2 admin March 28, 2013 at 3:34 pm

Ha bukan jauhpun Banting ngn Bangi tu..arini pun bole pegi..

Reply

3 titan May 11, 2013 at 7:21 pm

masalahnya gua ni malas. nak beli pun malas. haha..
titan recently posted…Putih-putih melati – Mr Bie ft. Adik C (Parodi)My Profile

Reply

4 zeemarlina March 28, 2013 at 2:12 pm

bangi banyak pilihan tempat makan yang best…nak dtg kena plan awal-awal kalo tak pening nak pilih..

Reply

5 admin March 28, 2013 at 3:35 pm

Warung Dusun ni antara yang ter ‘best’!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: