Tempat Menarik di Istanbul, Turki; Blue Mosque Tinggalan Kerajaan Uthmaniyah…

by Admin Cuti Malaysia on November 12, 2012

in Pakej Percutian

 Ciri penting Masjid Sultan Ahmed…6 menara, kubah besar dan beberapa kubah lain

Istanbul Aku Datang. Tepat sekali ungkapan tersebut. Tidak lengkap percutian ke Istanbul, Turki jika tidak ke masjid ini. Masjid Sultan Ahmed atau dikenali juga dengan Masjid Biru (Blue Mosque) kerana penggunaan tiles biru yang indah menghiasi dinding dan dalaman masjid ini.Dari jauh nampak gah tersergam indah binaan masjid ketika zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyah. Bila dekat dapat melihat keindahan, kehalusan dan ketelitian seni binanya.

Pemandangan dari arah Selat Bosphorus

Dibina dari tahun 1609 hingga 1616 adalah masjid yang tinggi nilai sejarah dan dikatakan masjid yang terbesar ketika zamannya. Rekabentuknya amat dipengaruhi dengan senibina islam dan ada elemen Haghia Sophia terutama bahagian kubah. Cuti Malaysia ada pernah ada terbaca review dari pelancong Barat tentang binaan Sultan Ahmad “I have seen a lot of mosque in Istanbul have similar structure and architecture but Blue Mosque is the greatest of all”. Memang Cuti Malaysia tidak menafikan masjid di Istanbul didirikan berdekatan dan banyak elemen dari Masjid Sultan Ahmed yang cuba diterapkan.

Bahagian dalam masjid

Apa yang difahamkan oleh Cuti Malaysia, pembinaan masjid ini adalah untuk membuktikan tentang kebolehan senibina Islam menandingi kehebatan, kemegahan dan keindahan Haghia Sophia yang di bina oleh Kerajaan Byzantine. Cuti Malaysia bersetuju juga dengan pendapat tersebut kerana kedudukannya memang betul-betul bertentangan dengan Haghia Sophia.

Memang indah. Pemandangan Blue Mosque dari perkarangan Haghia Sophia

Masijid Sultan Ahmed ini mempunyai 6 menara. Muazzin pada zaman dahulu akan menyusuri anak tangga ke bahagian atas menara dan melaungkan azan. Berkenaan dengan kisah menara juga,  ketika didirikan 6 menara Sultan Ahmad mendapat kiritikan kerana menyamai bilangan menara di masjidil Haram. Perkara ini diselesaikan dengan bijaksana oleh baginda dengan menambah satu lagi bilangan menara di Masjidil Haram kepada 7.

Pemandangan dari Sultan Ahmed Square yang sempat di abadikan

Bahagian dalaman masjid memang sangat indah. Takjub kami melihatnya. Apa yang Cuti Malaysia dengar masjid ini menggunakan puluhan ribu keping tiles yang kesemuanya mengandungi 50 corak bunga tulip yang berbeza. Tulisan khat ayat-ayat Quran menghiasi setiap penjuru masjid. Kalau Cuti Malaysia nak cerita satu persatu memang tak habis. Memang kena pergi sendiri. Secantik mana pun masjid zaman sekarang yang dibina rasanya amat payah nak menandingi kecantikkan dan ketelitian masjid ini.

Ke pintu masuk masjid

Di sekitar masjid ada madrasah dan tempat rehat serta pusara Sultan Ahmed. Di bahagian depan masjid terletaknya taman yang indah atau dikenali juga Sultan Ahmed Square. Orang di sana menceritakan ketika bulan Ramadhan taman ini akan dipenuhi dengan penduduk Istanbul dan tidak ketinggalan para pelancong. Berkumpul ramai-ramai sambil menunggu waktu berbuka untuk menikmati juadah. Memang meriah katanya. Semasa Cuti Malaysia pergi bukan bulan puasa; hanya boleh tolong cerita sajalah.

Dikatakan kalau bulan Ramadhan memang penuh seluruh Sultan Ahmed Square dengan manusia menunggu waktu berbuka

Masjid ini masih lagi berfungsi sebagai tempat sembahyang lima waktu. Waktu tersebut pada yang tidak bersembahyang akan ditutup sementara. Pastikan waktu lawatan bukan ketika waktu sembahyang Jumaat, kerana masa yang ditutup lebih panjang masanya. Fungsi sebagai masjid sudah tentunya tidak dikenakan bayaran hanyalah sumbangan ikhlas sahaja. Kasut mestilah dibuka dan disediakan plastik untuk membawanya ke dalam masjid. Pakaian mestilah sopan. Kalau sesiapa yang ada berhajat ke Istanbul pastikan Masjid Sultan Ahmed dalam senarai anda. Memang kagum dengan kehebatan arkitek dan keseniannya.

P/S: Di Malaysia juga banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Jangan lupa cuti cuti Malaysia.

 

{ 5 comments… read them below or add one }

1 CIKGU SYAHIR December 7, 2012 at 3:59 am

Tak pernah lagi la kekuar negara. Paling jauh pon ke Hat Yai ja. Sekarang dah huru hara. Tak berani keluar negara :(

Reply

2 Mat Yo December 12, 2012 at 10:33 am

Kalau murah rezeki pergi umrah lajak sini sekali. Macam best je admin cutimalaysia ulas pasal Istanbul

Reply

3 Cikgu Syahir December 12, 2012 at 4:08 pm

boleh pilih pakej yang sesuai. saya pon berminat gak nak pegi sini. tapi tak kesampaian

Reply

4 titan December 19, 2012 at 8:54 pm

ada rezeki, memang aku nak pergi sini..

Reply

5 Cikgu Syahir December 20, 2012 at 12:28 am

cek pon tggu modai gak nak p sini. kena ambik pakej p ramai2 baru best

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: