Tempat Menarik di Kuala Selangor: (Gambar) Bukit Melawati Ada Keunikannya Sendiri!!

by Admin Cuti Malaysia on December 16, 2012

in Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat Menarik Selangor

Antara tempat menarik di Selangor yang seterusnya Cuti Malaysia pilih adalah ke tempat bersejarah Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor. Cuti Malaysia ke sini pada sebelah petang Sabtu, Alhamdulillah cuaca  baik pada hari tersebut. Pada hari hujung minggu kenderaan persendirian tidak dibenarkan naik ke atas. Perkhidmatan tram disediakan bagi mengelakkan kesesakan dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Enjoy juga naik tram ni ya.

Bayaran Tram Untuk ke Tempat Menarik di Bukit Melawati

  • Kanak-kanak: RM 3
  • Dewasa: RM 5

Sebut tentang  Bukit Malawati pasti terbayangkan Rumah Api yang masih berdiri teguh di puncak Bukit Melawati. Selain Rumah Api yang dibina pada tahun 1907, pengunjung yang datang juga berpeluang untuk melihat kesan sejarah lain ini seperti Meriam purba, Batu Hampar, Perigi Beracun, dan Muzium Sejarah Kuala Selangor yang dulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Di puncak bukit ini juga terdapat Balai Cerap iaitu tempat melihatnya anak bulan bagi menentukan tarikh bermula Ramadhan dan Syawal.

Tempat Menarik Kuala Selangor

Pemandangan laut Selat Melaka yang mendamaikan melengkapkan keindahan dari puncak bukit ini. Berada di puncak Bukit Melawati, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan delta Kuala Selangor, hutan paya bakau dan Selat Melaka yang memukau.

Antara Tempat Menarik Lain di Kuala Selangor

  • Melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan
  • Menikmati hidangan seafood
  • Bukit Belanda

Aktiviti tempat menarik di Kuala Selangor ini dimeriahkan dengan kehadiran monyet spesies “Silver Leafed” dan “Macaques”, iaitu spesis berekor panjang dan berbulu kelabu gelap.  Bukan seekor dua tau, tapi memang banyak betul. Pada mulanya Cuti Malaysia gerun juga takut monyet-monyet ini menyerang. Tetapi sebenarnya monyet di sini agak jinak dan seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran kita melainkan jika anda anda ada makanan! Anda juga dapat menyaksikan aksi mencuit hati pengunjung memberi makan monyet ini.

Deretan monyet di pokok angsana

Picture 1 of 10

Cuti Malaysia menghabiskan lebih kurang 45 minit sebelum kami mengambil tram turun. Keseluruhannya Bukit Melawati sebagai antara tempat menarik di Selangor kali ini menyeronokkan kerana ianya menggabungkan suasana damai dengan keindahan alam semuajadi serta “stress” takutkan monyet hehe.

Tarikan Bukit Malawati Selangor

Ok, jika anda berminat untuk jalan jalan ke mari, dari Kuala Lumpur melalui PLUS highway, anda boleh exit di Kuala Selangor/Klang dan terus masuk ke LATAR Expressway untuk ke Kuala Selangor. Perjalanan mengambil masa kira kira 1 jam setengah untuk sampai ke Bukit Melawati ini.

Jom Cuti Cuti Malaysia!

{ 24 comments… read them below or add one }

1 Cikgu Syahir December 16, 2012 at 11:57 am

kuat juga tram tu bawak naik ramai pengunjung. bukit tinggi tu. lama juga rumah api tu dah dibina. Masih ada sampai sekarang

Reply

2 ainun January 31, 2013 at 11:44 pm

kuat juga? hehe… kelakar bunyi nya… sorri cikgu…

Reply

3 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:06 am

maksud saya enjin tram tu kuat

Reply

4 arissa17 April 14, 2013 at 11:11 am

siap-siap jom pergi kuala selangor…

Reply

5 Leez December 16, 2012 at 11:39 pm

Pernah pergi Bukit Melawati ni. Rumah api ni bukan setakat ada tapi masih berfungsi lagi sampai sekarang..Kalau pergi ari biasa tram tu takdak..

Reply

6 Cikgu Syahir December 17, 2012 at 11:11 am

tram tu unik la rasa. kena g hari minggu la.

Reply

7 ainun January 31, 2013 at 11:44 pm

tempat bersejarah lagi dikenang…

Reply

8 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:11 am

dapat belajar sejarah secara tidak formal

Reply

9 x-po December 17, 2012 at 1:02 am

kat sini kn yg ada pokok keluar darah merah?

Reply

10 Cikgu Syahir December 17, 2012 at 11:13 am

macam pernah dengar pokok keluar darah tu. tengok dalam majalah 3 :)

Reply

11 Mat yo December 17, 2012 at 10:54 pm

Masa dulu Wan Zaleha jadi pengacara Majalah 3 ada dia cerita pasal Bukit Melawati..teringat batu tempat pancung orang.

Reply

12 Cikgu Syahir December 17, 2012 at 11:39 pm

agak-agak tempat bersejarah ni berhantu tak. takut plak dengar pasal pancung2 orang ni

Reply

13 Mat Yo December 18, 2012 at 8:36 am

Ada ke hantu zaman moden ni..banyak sangat tengok hantu kak limah ni

Reply

14 Cikgu Syahir December 18, 2012 at 2:00 pm

budak-budak kalau tengok hantu jadi penakot. hehe

Reply

15 titan December 19, 2012 at 8:15 pm

pernah pergi dulu. rasa nak pergi lagi rasanya bila baca artikel ni.

Reply

16 Cikgu Syahir December 20, 2012 at 12:25 am

wahh. dah ada pengalaman di sini :)

Reply

17 ainun January 31, 2013 at 11:45 pm

review dari cuti malaysia membuat diriku terasa nak pergi juga…haha

Reply

18 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:05 am

yang dekat rasa nak pergi. saya yang jauh ni lagi la rasa nak pergi

Reply

19 titan August 30, 2013 at 7:03 pm

dah ada pengalaman dulu. 2-3 bulan lepas..baru aje gi sini. bawa anak orang. haha
titan recently posted…Lu berani ambil risiko atau tidak?My Profile

Reply

20 donnyien December 19, 2012 at 11:28 pm

suka tengok monyet tu merayau-rayau..

Reply

21 Cikgu Syahir December 20, 2012 at 12:27 am

monyet ni jinak sebab dah biasa kot. tapi kalau ada makanan confirm kena pau. hehe

Reply

22 ainun January 31, 2013 at 11:46 pm

monyet memang penghuni tetap kat situ… awas. kawasan monyet!

Reply

23 Cikgu Syahir February 1, 2013 at 12:02 am

monyet ni terlatih tak?? bahaya monyet liar ni. nnt gigit

Reply

24 jobdirumahreview February 9, 2013 at 9:08 pm

tak pernah lagi pergi sini. emm..kena gi gak nanti ni.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: