Promosi Tiket Sunway Lagoon: Harga Tiket Hanya RM20 Dari RM120!!!

by Admin Cuti Malaysia on January 17, 2013

in Berita

Tiket Sunway Lagoon Park

Promosi Tiket Sunway Lagoon Park: Cuti Malaysia ingin berkongsi sempena ulang tahun Sunway Lagoon ke-20 harga tiket dikurang kepada hanya RM20. Promosi telahpun berlangsung bermula October 2012 hingga Mac 2013. Menariknya promosi tiket RM20 ini hanya dibuat pada setiap 20 haribulan sepanjang bulan promosi.

Kebetulan 20 Januari jatuh pada hari Ahad, iaitu hari santai bersama keluarga! Yang kurang best sikit, promosi tiket Sunway Lagoon ini adalah untuk 1000 pelanggan pertama sahaja (ok juga 1000), jadi kena berpagi-pagilah kepada sesiapa yang berminat termasuklah Cuti Malaysia sendiri.

Promosi Tiket Sunway Lagoon Park

Waktu promosi: 20 hb setiap bulan (Oktober 2012 – Mac 2013)

Syarat: Terhad 1000 pelanggan pertama (MyKad)

Harga tiket promosi: RM20 (Dewasa & Kanak-kanak) / Percuma kanak-kanak bawah 90cm

Harga tiket biasa: RM120 (Dewasa) / RM60 (Kanak-kanak)

Masa operasi: 10am – 6 pm

Harga promosi RM20 ni memang Cuti Malaysia rasa amat berbaloi kerana harga biasa tiket Sunway Lagoon Park adalah RM90 (Dewasa) dan RM65 (Kanak-kanak) dengan MyKad. Jadi bayangkanlah berapa penjimatan yang anda boleh dapat. Yang mana ada anak-anak ramai tu, ini masa yang paling sesuai heheh.

Promosi Tiket Sunway Lagoon Park 2013

Dengan Tiket Sunway Lagoon Park Boleh Masuk 5 Taman Tema

  • Taman Tema Air (Water Park)
  • Taman Keriangan (Amusement Park)
  • Taman Aktiviti Lasak (Extreme Park)
  • Taman Mini Zoo (Wildlife Park)
  • Taman Seram (Scream Park)

Memang best lah dengan RM20 sahaja kita boleh merasai kelima-lima aktiviti di Sunway Lagoon. Kebiasaannya di hari hujung minggu Taman Tema Air dan Taman Keriangan akan menjadi tumpuan kerana taman ini sesuai untuk semua peringkat umur. Di Taman Tema Air contohnya pelbagai aktiviti seperti diving, surfing, water sliding untuk dewasa sementara The Little Zimbabwe sesuai untuk si kecik.

Sementara di Taman Keriangan pula, pastinya akan meninggalkan kenangan manis dengan pelbagai permainan dan ride untuk semua peringkat umur. Di taman keriangan ini juga lah akan kedengaran di sana-sini jeritan pengunjung dengan permainan adrenaline seperti roller coaster, solero shot, berpusing 360 darjah dengan Tomahawk dan macam-macam lagi. Kalau sudah membeli tiket Sunway Lagoon kenalah cuba semua permainan.

Untuk yang lebih berminat kepada aktiviti lasak dan menguji ketahanan jiwa pula, Extreme Park pastinya menjadi tumpuan anda. Terdapat pelbagai aktiviti antaranya Memanah, Slingshot Ride, Go Kart, Flying Fox, Bunjee Jumping dan macam-macam lagi.

Harga Tiket Sunway Lagoon Park

Sementara di Wildlife park pula, lebih menjadi tumpuan keluarga dengan anak anak kecil serta pelancong luar. Golongan ini akan teruja dengan pelbagai aksi menarik haiwan-haiwan liar disini seperti beruang, pelbagai spesies burung, dan banyak lagi.

Untuk kelainan dan pengalaman yang lebih thrill, Taman Seram (Rumah Hantu) atau Scream Park menanti anda. Tema utama di Scream Park ialah Zombie. Taman ini seolah-olah studio dimana anda akan rasa dikelilingi oleh hantu yang rupanya memang menyeramkan berdarah sana sini. Terdapat juga dalam bentuk persembahan 3D, taman ini juga menarik bagi yang tiada anak kecil.

Macam Cuti Malaysia dengan anak-anak kecil mungkin akan lebihkan masa berendam di Taman Tema Air, kemudian ke Taman Mini Zoo dan Taman Keriangan. Untuk RM20, siapa nak bagi kan.

Dijangkakan dengan promosi tiket Sunway Lagoon Park pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menjadi 1000 pengunjung yang pertama. Ada saja promosi dan tarikan kepada pengunjung. Jom Cuti Cuti Malaysia!!

{ 46 comments… read them below or add one }

1 zeemarlina January 17, 2013 at 2:19 pm

walaupun dekat je ngan rumah tapi tak pernah masuk..tengs cutimalaysia..nak serbu la hari ahad ni..

http://auntummawar.blogspot.com/2013/01/jomm-serbu-sunway-lagoontiket-hanya-rm.html

Reply

2 Cikgu Syahir January 17, 2013 at 8:32 pm

saya dah la jauh. tapi tak pernah masuk jugak . kulit akan hitam lepas masuk .hehe

Reply

3 zeemarlina January 18, 2013 at 8:52 am

nak merasa gak cikgu walaupun sekali…ape yang best sgt sebab orang memang sentiasa penuh..hitam pun hitam la..hihi

Reply

4 Cikgu Syahir January 18, 2013 at 12:15 pm

mari berjemur. saya suka waterpark sebab tu kulit saya gelap.

Reply

5 nabila January 25, 2013 at 10:25 am

haha… waterpark memang best tapi pergilah time mendung skit… jangan panas-panas..membahang nnt.

6 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:45 pm

kena tunggu mendung la nabila, main dalam hujan pon best. hehe

7 x-po January 20, 2013 at 5:34 pm

dah pergi ke hari ni? (ahad)

Reply

8 Cikgu Syahir January 20, 2013 at 9:39 pm

zee penat tu, esok mungkin dia jawab. judin balik x raya cina?? jom p hot spring di baling. dekat ja dgn grik

Reply

9 zeemarlina January 21, 2013 at 1:49 pm

yup..pegi doh semalam…huhu takde rezeki nak dapat tiket RM20 tu..seawak jam 4pagi tiket dah sold out…huhhh sanggup dorang beratur tu..

Tapi de jugak rezeki dapat yang RM50 untuk 1000 pelanggan pertama..syok jugak..

Reply

10 Cikgu Syahir January 21, 2013 at 9:07 pm

4 pagi dah sold out>>?????? lajunyaaaaaa.

11 nabila January 25, 2013 at 10:21 am

saya yang tak dekat sangat ni pun, tak pergi juga… tak sempat…

Reply

12 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:45 pm

bila dah dekat akan jadi benda biasa , tak da keinginan nak pergi

Reply

13 djdanchef January 31, 2013 at 12:07 am

alamak.. jauhlah pula dari umah dj.. rm20 tu.. memang murah giler

Reply

14 Cikgu Syahir January 17, 2013 at 8:31 pm

murahnya. banyak beza rm20 dengan rm 120

Reply

15 nabila January 25, 2013 at 10:21 am

memang murah cikgu… pergi je la…

Reply

16 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:46 pm

tunggu masa ja free . pastu keh pecut ke KL terus

Reply

17 djdanchef January 31, 2013 at 12:08 am

memang murah cikgu.. tahun depan xtahulah ada lagi ke tak nyer

Reply

18 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 10:47 pm

tahun depan harga naik lagi. promosi mcm ni jarang

Reply

19 Leez January 17, 2013 at 10:42 pm

Alah Cikgu syahir, tempekla sunblock tebal-tebal ckit, kalo takut gelap hihihi..tiket tgh murah, kene lak ujung minggu..hmm

Reply

20 Cikgu Syahir January 18, 2013 at 12:14 pm

sunblock lau masuk lam air hilang x keberkesanan dia????

Reply

21 nabila January 25, 2013 at 10:22 am

sunblock yang tuk swimming tu la… ok je kalau yg tuu

Reply

22 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:47 pm

ye, kene beli la satu dekat gurdian. nanti nak swimm

Reply

23 djdanchef January 31, 2013 at 12:08 am

cikgu pakai vaselin warna merah jambu.. hihi

Reply

24 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 10:49 pm

xboleh la. nnt cikgu jadi awww lak. kang susah

Reply

25 x-po January 17, 2013 at 11:11 pm

tak pernah masuk

Reply

26 Cikgu Syahir January 18, 2013 at 12:13 pm

salam la kita xpernah masuk lagi

Reply

27 zeemarlina January 21, 2013 at 1:51 pm

Cikgu Syahir dan X-po.bo.leh la try next month…hihi

ok la ade banyak aktiviti..yang tak tahan tu makanan mahal woo…dah berendam confirm kebulur..

Reply

28 Cikgu Syahir January 21, 2013 at 9:08 pm

dah kebulur x kira mahal or x. main sebat jela

Reply

29 zeemarlina January 22, 2013 at 10:41 am

sorang leh la sebat..kalau ramai tak ke kena pk byk kali..kekeke

30 nabila January 25, 2013 at 10:23 am

haha… kalau pergi dengan kawan-kawan lagi best kan… main dengan geng..

31 Cikgu Syahir January 28, 2013 at 12:53 pm

main ramai-ramai memang la best. saya dah pernah g gambang waterpark dengan kawan2.

32 nabila January 25, 2013 at 10:24 am

sekali sekala kak.. haha. bila lagi nak habiskan duit yang banyak tu…hehe

Reply

33 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:48 pm

cewah . meh la g korea . kita perabeh duit :)

34 djdanchef January 31, 2013 at 12:09 am

bawa bekal lah macam tu.. masak dgn pemanggang ajaib

Reply

35 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 11:06 pm

waa.kena seludup ni. biasanya waterpark tak boleh bawak masuk makanan

36 titan January 22, 2013 at 1:10 am

to good to be good..

Reply

37 Cikgu Syahir January 22, 2013 at 7:09 am

dekat dengan tempat titan kan??? bulan depan jom sambar :)

Reply

38 nabila January 25, 2013 at 10:23 am

cuti sekolah nanti… raya cina atau cuti penggal 1…

Reply

39 Cikgu Syahir January 26, 2013 at 7:48 pm

cuti raya cina la p . meriah beb . jom p sekali

Reply

40 djdanchef January 31, 2013 at 12:10 am

cuti raya cina memang sesuai.. bawa sekali limau mandarin

41 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 11:08 pm

bwak semua yang ada. kasi penuh itu waterpark

42 tips January 28, 2013 at 7:56 am

20 Feb n Mac=RABU….

lambatnya tahu. huhu!

Reply

43 admin January 28, 2013 at 9:52 am

Takpelah next time Cuti Malaysia akan update promosi-promosi yang akan datang. KL Bird Park next week ada promosi RM1.

Reply

44 Cikgu Syahir January 28, 2013 at 12:54 pm

nanti ada la rezeki tu. banyak lagi kan promosi

Reply

45 djdanchef January 31, 2013 at 12:11 am

sentiasalah jenguk blog cutimalaysia ini.. pelbagai promosi pelancongan akn dihebahkan disini

Reply

46 Cikgu Syahir January 31, 2013 at 7:27 am

ya. baru tak terlepas dari promosi yang terkini

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: